Sunday, May 1, 2011

Sedikit pasal semalam

Pesta Buku. Aku pergi semalam. Padat. Orang memang padat. Jadi, aku nasihatkan, kalau bawak anak-anak kecil, kena sentiasa pegang tangan. Semalam jeee, banyak kali announcement pasal ada budak hilang. Haih. (eh, lagipun hari ini last day kan, haha tak guna aku bagi nasihat )

Semalam, aku dapat beli beberapa buah buku. Well, aku ini bukanlah penggemar buku tapi tidaklah sampai benci langsung dengan buku. Adalah beberapa buah buku yang aku suka dan seronok bila baca. Lagipun, membaca itu kan bagus. Bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri jugak, yer dak ?

Untuk yang pertama, buku 'Contengan Jalanan' oleh Hlovate. Aku tak berapa familiar sangat dengan penulis Hlovate ini. Dengar macam itu je. Tapi, semalam untuk kesekian kalinya, aku dah dapatkan satu koleksi buku dia (aku harap, aku bukanlah orang yang terakhir yang baru nak kenal dia). Huhu. Niat aku ke pesta buku, bukannya nak carik buku dia, tapi entah macam mana, boleh terbeli pulak. Orang cakap best, menarik dan okey. Aku layankan sahaja.

Buku dia tebal, so memang aku tak boleh nak hadam novel yang tebal-tebal ni. Mau makan masa nak habiskan buku-buku itu semua. Nanti bila dah baca yang tengah-tengah, terlupa pulak apa yang dah dibaca dekat depan, sebab itu aku tak berapa gemar novel tebal-tebal. Huhu.

Untuk semalam, ramai orang beli buku Hlovate ini. Kira semua orang. Termasuk lelaki dan perempuan. Yang lelaki, bukan stok muka jambu-jambu, bukan.. Buku dia tebal, tapi selalunya, bila novel tebal-tebal, mesti orang akan cakap buku itu jiwang kan. Tapi, bila aku dah start baca sikit, buku itu takde lah jiwang sampai tangkap leleh. Buku yang biasa. Tapi ada isi yang nak disampaikan. Seronok sampai tak ingat. Haih. Tapi tak sangka dorg suka baca buku-buku Hlovate, jadi sebab aku rasa best sangat ke, aku pun capai satu. Haha.

Buku itu boleh dikategorikan macam pisang goreng panas. Sangat-sangat laku. Asal ada jeee pekerja dia letak stok yang baru, terus orang berebut-rebut. Dengan aku-aku sekali join. Mula-mula nak tengok jeee, tapi lama-lama dengan aku-aku terpengaruh. Hihi.

Dan sekarang aku dah baca separuh, seronok. Berbaloi-baloi.

Kadang-kadang ada sesetengah genre buku yang memang ngam dengan kita, kan.
Macam aku, buku-buku cintan-cintan yang tebal-tebal, memang aku tak berapa nak in. Geli kot nak baca. Haha. Buku yang sedih-sedih pun tak boleh.
Aku lebih sukakan buku yang kelakar, happy dan best bila nak baca lagi dan lagi. Barulah seronok. Oh, dan aku juga sukakan buku yang berbentuk motivasi, sebab aku memang takde motivasi punya orang. Hihi :)


Selamat membaca dan selamat hari pekerja ! (:

4 sumpahan:

Syamimi Fatin said...

oh, my fav la hlovate punya novel.. jeles tau xbole pg pesta buku tu, tp dh minta tlg kwn belikan contengan jalanan tu... selalunya mmg kalu org xkenl hlovate xtau sape dia, tp kalu dh thu, akn minat dia

[ a D D y ] said...

wa dah lama x membaca ni..dem tu dah lama x menulis..haha

GigiWangi said...

syamimi fatin,
Eh ya ke ? Buku apa yang bagi u, paling best dia tulis ? hihi. Contengan Jalanan itu, saya dah habis baca. Well, sangat2 deep ! :)

addyhaikal,
haha. Teruskan membaca. Membaca itu jambatan ilmu. Well, update blog cepat !

Syamimi Fatin said...

buku hlovate yg plg best? xtaw nk ckp sy suka smua tulisan dia.. hihi.. rooftop rant, 5thun 5bulan, tunas, aa+bb... semua yg dh bca best... versus xbca lg..

contengan jlnan dh hbis? wah, xsbr nk bca...^_^