Saturday, April 30, 2011

Bertudung

Mula-mula aku bertudung masa darjah 5. Kira macam keluar rumah nak pergi kedai, nak pergi shopping complex, nak pergi tuisyen, dah kena pakai tudung. Tempat-tempat macam itu je lah tudung melekat dekat kepala. Nak main dekat taman depan rumah, memang tudung aku terbang lah waktu itu.

Kira, tempat yang kena naik kereta, baru aku pakai tudung, setakat jalan kaki, main-main basikal pusing-pusing belakang rumah, memang tak lah.

Mula-mula nak bertudung, aku memang liat. Rasa janggal sikit. Family aku bukan macam orang lain, family islamik. Family aku biasa-biasa saja. Waktu mula-mula dah kena pakai tudung, aku memang pelupa orangnya. Kejap keluar pakai, besoknya tak pakai pulak. Haha. Mana nak ingat. Kecik lagi. Itu je alasan yang aku bagi, boleh terima ke. Haha. Lantaklah.

Tapi dulu bapak aku tak panggil tudung. Jilbab pun bukan. Dia panggil telekung. Telekung pun dia panggil telekung, tudung pun dia panggil telekung. So, setiap kali nak keluar, bapak aku yang akan tanya aku, "Haaa, mana telekung?". Aku pun balas, "Kenapa nak pakai telekung kan dah sembahyang". Hahahaha. Confius kan.

Tapi, dulu lain. Tudung yang betul-betul tudung. Nak pakai tudung dulu pun, lamanya kemain. Nak kena pin lah. Tudung tak jadi lah, senget lah pulak. Mana ada tudung segera macam sekarang. Untung budak-budak sekarang.

Sekarang pun dah macam-macam fesyen bertudung. Macam-macam stail, nak yang stail Ikin, Wardina, Siti Nurhaliza, Waheeda, Yuna, semuaaaaaaaaa ada. Sekarang, orang bertudung ikut fesyen jeee. Sekadar letak alas di kepala. Uols boleh lihat kan. Aduyai, ini macam dah ter-salah niat. Aku pun kadang-kadang tak faham, jangan lah ikut sangat trend. Kadang-kadang nampak hodoh pun ada.

Perempuan kalau bertudung, dah cun sangat lah itu. Suka pak-pak mentua nanti. Hihi. Tapi jadi tak sedapnya bila tak kena dengan pakaian. Alahai, pakai tudung tapi lengan pendek, dah macam minah Indon yang aku selalu nampak dah. Kena pulak pakaian ketat semacam. Aduyai. Aku ni bukanlah warak sangat dan bukanlah aku ni dah cukup sempurna jaga aurat bila cakap macam ini ke kan, tapi at least aku tahu, bila bertudung, aku kenakan baju yang berlengan panjang.

Bertudung dah okey, bila orang tengok dari atas, tapi bila kau duduk, nampak pulak seluar kecik dekat dalam itu, aduyai... jatuh dah saham. Tak gunalah tutup kepala itu.

Haih.

Bertudung biar ikhlas. Jangan ikut sangat fesyen apa jadah semua itu. Kadang-kadang aku pun naik rimas.

2 sumpahan:

tangan said...

yeaaaa!

aku terasaaa~ HAHA

GigiWangi said...

tangan,
Janganlah terasa. Aku bukan maksudkan kau ! Hihi