Tuesday, June 28, 2011

Saya tengok Juvana, awak ?

Ini antara cerita yang aku tak boleh miss. Kalau ter-miss sekalipun, sanggup tunggu loading 2 3 pagi sebab nak tengok dekat tonton. Bagi aku cerita ini menarik, dan jaranglah ada cerita yang sebegini. Jalan cerita pun menarik.

Aku suka dengan watak Cikgu Zakiah (Izreen Azminda), seorang guru kaunseling yang sedaya-upaya berusaha untuk menaikkan balik semangat Daim (Zahiril Adzim). Alaaa, aku nak cerita panjang-panjang pun uols mesti dah tahu kan. Ke ada sesiapa yang tak pernah layan cerita ini. Alaaaa, kalau nak tahu sinopsis, google je lah.

Ini baru satu drama yang aku ternanti-nanti kan episod-nya. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi oleh kerana semester baru pun sudah bermula, terpaksalah aku korbankan cerita-cerita yang lain. Layan yang ini sajalah.

well, saya memang seorang kaki tv.


Kita jangan ambik part yang negatif, ambik yang baik saja okey lah kan.

Selamat menonton.

Zahiril Adzim hot weh !

0 sumpahan: