Monday, June 27, 2011

Mimpi

Berapa ramai manusia yang percaya pada mimpi ?

Sebenarnya aku suka bermimpi, sebab bagi aku, mimpi ini adalah kata lain bagi berangan. Benda yang kita tak boleh dapat dekat alam realiti, mungkin kita boleh imagine-kan benda tersebut di alam mimpi. Menarik kan ?

Tapi tak semua orang suka pada mimpi.

Baru-baru ini aku ada mimpi yang tak berapa nak best. Seram lah jugak. Part yang ini, aku tak suka. Mimpi macam ini, memang boleh menangis bila tersedar. Dan aku asyik teringat-ingatkan mengenai mimpi ini sahaja. Susah pulak nak lupakan. Cisss !

Kau pernah mimpi pasal hari kiamat? Memang lah tak boleh nak imagine macam mana, tapi boleh rasa kan. Baru-baru ini aku mimpi pasal ini, tapi takde lah sampai kiamat. Mimpi yang tempat aku belajar; Penang ni gempa bumi. Kira macam ala-ala Tsunami. Lagipun Penang ni pernah kena tempias pasal Tsunami masa 2004 itu dulu kan, so benda ni berlegar-legar dekat fikiran aku.

Masa kejadian itu, aku tak fikir apa dah, aku menangis nak selamatkan diri. Semua orang lari bertempiaran. Aku takde sedara-mara dekat Penang, entah macam mana, aku call mak aku, aku cakap yang aku mintak maaf semua, ampunkan makan minum, semua lah macam orang selalu cakap bila dia tahu yang ajal dia dah sampai. Sebab aku rasa aku macam dah tak selamat dah.

Sadis kan mimpi aku.

Dan entah macam mana aku boleh bermimpi ngeri sampai macam ni sekali. Entah apa masa itu yang aku fikir sebelum tidur. Sebab kan orang selalu kata, kalau sampai termimpi-mimpi itu, maknanya ada bendalah yang selalu di-ingat sebelum tidur itu, yer dak ?

Well, aku sebenarnya homesick. Kuliah baru start seminggu. Dah belajar merantau dekat Penang nak dekat 2 tahun, tapi homesick itu tak hilang-hilang lagi. Hadui.

Payahlah macam ni kan, umur dah makin meningkat, ada siapa-siapa yang boleh nasihatkan aku ?

Terima kasih :)

4 sumpahan:

faizul said...

kurangkan minum ais.

AzLaN said...

tengok macam aku, tak balik2 gombak nak dekat 5 bulan dah. aku dah rasa macam kat sinilah rumah aku. :(

Cikgu Izmir said...

alhamdulillah dapat mimpi macam itu..sekurang-kurangnya ada juga masa untuk mengingati mati.

GigiWangi said...

faizul,
tak semudah yang kau cakapkan

AzLaN,
Alaaaa, budak UTP memang lah busy, asyik belajar jeeee, patut pun macam tu, tak balik2. Hihi :P

Izmir Fadzil,
Macam orang putih selalu cakap, "Don't take for granted".