Friday, July 29, 2011

Peraturan baru

Peraturan baru dekat maktab, berkuatkuasa 1 Ogos bersamaan 1 Ramadan.

Akan ada garisan yang bewarna merah untuk menunjukkan kawasan larangan antara guru pelatih lelaki dengan guru pelatih perempuan dekat kolej kediaman.

Ada yang sokong dan ada yang kutuk-mengutuk dan tidak kurang jugak yang diam tanda tidak memberi respon. Kalau diam, aku tak tahu dia setuju ke tidak. Tapi selalunya, diam tandanya setuju, yer dak ?

Ada jugak segelintir yang hentam kaw-kaw dekat group.

Majoriti JPP (Jawatankuasa Perwakilan Pelajar) dipegang oleh batch aku. Termasuk dengan Ydp sekali adalah dari batch aku. Jadi, adat senior-junior mesti ada pertelingkahan. Ego punya pasal lah ni kan.

Jawapan aku senang je, siapa punya pemerintahan sekarang? Kalau dia yang pegang pemerintahan ini, kita ikut je lah. Suka tak suka belakang kira. Ada lah benda yang nak diubah itu, dan bagi aku, membuat garisan iaitu (kawasan larangan) adalah perkara baik kan. Memang ada terjadi kes berdua-duaan itu, so nak elak terjadinya macam itu lagi, akan adalah peraturan sebegini. Haaaa, sepatutnya kita marahkan dekat orang yang menyebabkan benda ni terjadi. Orang yang kena tangkap sebab berdua-duaan itu, yer dak ?

Mula- mula memang susah, sebab menyusahkan aku. Aku nak pergi kafe kena lalu kawasan jauh pulak, dah tak boleh nak lalu ikut short-cut. Padahal nak pergi beli makanan je pun. Tapi aku terima jeee, yang lain-lain nak kecoh ape ada hal ? Satu je nak cakap, peraturan baru memang susah nak ikut beb, tapi lama-lama nanti okey lah.

Dah dia yang menang masa pilihan raya itu hari, haaaa siapa suruh undi dia. Nasib lah. So, terima sahaja, tak payah nak gaduh-gaduh dekat fanpage itu. Buat malu jeeee, kalau anak murid nampak, kena gelak.

Duhhh !

5 sumpahan:

Cikgu Izmir said...

anak murid belum cukup umur nak men facebuk

ariff said...

fanpage ke ema ? bukan group ?

AzLaN said...

alaa, susah la nak gi dating macam tu :( hahaha!

GigiWangi said...
This comment has been removed by the author.
GigiWangi said...

Izmir,
Haha. Anak murid sekarang maju2 weh

Ariff,
Fanpage lah. Korang kan ramai peminat. Wehooo

Azlan,
Oh, ini kerja kau eh. Bagi tau bapak kau. Hahaha