Friday, July 29, 2011

Allah itu maha adil

Kadang-kadang, aku selalu terfikir, agaknya ujian yang macam mana Tuhan nak bagi dekat aku nanti. Boleh ke aku nak hadapi benda-benda itu semua. Kuat ke aku ?

Pernah lihat orang yang kaya-raya tapi keluarga tak bahagia. Duit semua ada, tapi kurangnya kasih sayang antara suami dan isteri, bapa dan anak.

Pernah lihat orang yang cukupnya kasih sayang dalam keluarga tapi dapat penyakit yang teruk, misalnya lumpuh seluruh badan.

Pernah lihat suami dan isteri yang cukup keperluan segalanya tapi masih tidak dikurniakan anak.

Pernah lihat perempuan yang mempunyai kerjaya, harta, dan kedudukan tapi masih belum berkahwin.

Itu semua ujian. Allah itu maha adil, kan. Dia bagi itu, tapi Dia tak bagi ini. Cukup untuk kita. Dia nak tengok, sejauh mana kita bertaqwa dekat Dia.

Kalau kita tengok arwah Sosilawati, duit berjuta-juta dan aku rasa, dia adalah antara perempuan yang terkaya dekat Malaysia ini. Tapi sayang, ajal dia sampai awal.

Itu semua ketentuan. Nak tak nak, kena redha sajalah. Cuma, perit untuk kita telan sahaja sebab ujian itu amat menyakitkan.

0 sumpahan: