Thursday, July 28, 2011

Ujian itu berat untuk dihadapi

Kawan aku selalu cakap, "Dalam hidup ini, kita akan lalui 3 fasa ujian. Sebelum kahwin, semasa dan selepas. Sebelum itu tak kiralah ujian kau dengan kawan-kawan ke, takpun ada orang khianat kau ke. Semasa itu pula mungkin ujian tak dapat anak, takpun dapat mak mertua garang, atau dapat suami yang kaki pukul dan selepas itu pula mungkin ujian mendapat penyakit atau ada masalah bisnes ke. Siapa tahu kan?".

Pernah dengar ayat di atas ?
Aku tak pernah dengar. Ini first time, kalau tipu kawan aku itu, maka tipulah ayat ini. Tapi kalau apa yang dia cakap itu betul, betul lah agaknya, kan?

Baru-baru ini aku dapat tahu yang kawan aku (masa zaman sekolah dulu) punya mak kena penyakit kanser otak. *sedih* Macam-macam perasaan masa itu, terkejut, terkedu dan terperanjat. Sebab tak tahu nak cakap macam mana. Macam tak percaya pun ada.

Kawan aku ini pandai. Adik-beradik dia, semua bijak-bijak. Top student. Takde yang terkecuali. Bila jadi macam ni dekat mak dia, mesti dia rasa down sangat sangat. Aku tak tahu perasaan kecewa dia macam mana, tapi aku sure yang dia mesti rasa sangat sedih.

Kawan-kawan dekat fesbuk tak putus-putus bagi semangat dan kata perangsang dekat dia. Dan next week mak dia start buat kimoterapi. Aku berharap mak dia kuat dan boleh lawan penyakit dia itu.

Mungkin ini ujian yang Allah bagi buat dia dan family. Semoga dia tabah dan aku tahu dia kuat untuk menghadapi semua ini. Penyakit ini Allah yang bagi, dan Allah juga lah yang akan sembuhkan. Mungkin ada perancangan yang lebih baik Allah nak bagi untuk dia dan family selepas ini, siapa tahu kan.

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta (Surah Al-'Ankabut, ayat 2-3)

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui (Surah Al-Baqarah, ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya (Surah Al-Baqarah, ayat 286)

RASA FRUST?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman (Surah Ali Imran, ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah (kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (Surah Ali Imran, ayat 200)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dengan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk (Surah Al-Baqarah, ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka (Surah At-Taubah, ayat 111)

KEPADA SIAPA HARUS AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal (Surah At-Taubah, ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI

Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir (Surah Yusuf, ayat 87)


2 sumpahan:

faizul said...

mohon share

GigiWangi said...

faizul,
Ambik je. Tak perlu mintak2 izin