Sunday, August 28, 2011

#1 Raya

Cuti raya kali ini, first time aku balik rumah naik keretapi. Bagi aku, boleh lah. Best. Memang makan masa yang agak lama. Dari Butterworth ke KL. Bertolak pukul 11 malam sampai di KL pukul 8 pagi. Lama memang lama, tapi selesa.

Dan aku rasa, aku akan gunakan perkhidmatan itu lagi selagi aku masih menuntut di Penang. Takde lah macam kawan aku, yang dah sumpah seranah takkan guna lagi perkhidmatan ini. Haha. Bagi dia, tak selesa dan tak syok. Tapi bagi aku okey sahaja. Lain orang lain pendapat, lain orang lain ragamnya. Sepanjang perjalanan, aku menghabiskan waktu aku dengan tidur sahaja. Walaupun keadaan pada masa itu sangat sangat sejuk plus dengan keriuhan budak-budak lelaki bajet hot, aku boleh saja tidur, lain lah macam kawan aku ini, memang tak boleh tidur langsung. Tapi nasib baik dia tak kacau tidur aku. Hehe

Siapa yang pernah naik keretapi, dia tahulah macam mana.

Untuk baki bulan Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi ni, macam mana dengan puasa korang? Dah khatam Quran ke belum ? Dan aku masih ada lagi beratus-ratus muka surat yang tak sempat nak baca. Buat benda lagha boleh tapi nak baca Quran, banyak punya alasan.

So, untuk raya tahun ini, seperti biasa orang akan tanya, beraya di mana. Raya tahun ini sama sahaja macam raya tahun-tahun yang sudah. Beraya di Gombak. Ya, di sinilah kampung dan di sinilah juga rumah aku. Keluarga belah ayah aku ada di Selayang dan belah mak aku pulak dekat Wangsa Maju. Kira aku takkan rasa macam mana keriuhan di kampung, dengan jam yang teruk sebab orang berpusu-pusu nak balik kampung, dan dengan suasana bakar lemang, dengan keriuhan anak-anak kecil bermain bunga api keliling kampung. Ahh, seronoknyaaa.

Yang aku rasa masa beraya di sini ialah, betapa sunyinya KL sebab semua orang dah balik kampung, betapa sunyinya kawasan perumahan aku ini dan betapa ramainya orang asing yang berada di KL ini.

Dan hari raya pertama, kalau orang lain sibuk nak jamu makanan untuk orang yang datang rumah, mak aku mesti sambung buat kuih lagi, sebab hari raya pertama memang takkan ada orang yang datang. Nak harapkan sedara-mara yang terdekat sahajalah.

Jadi, kepada sesiapa yang teringin yang beraya di KL, macam ni lah keadaannya. Tak syok mana. Lebih baik lagi beraya di kampung. Hihi.

So, selamat hari raya dan selamat menyambut merdeka.




P/S: Petang ini last round shopping dekat Jalan TAR. Wehoo.

3 sumpahan:

Cikgu Izmir said...

aku antara kawan2 kau yg tak kn naik kereta api lg.sejuk tahap gaban plus lamupu terang nk mampus

Lyn Sery said...

weh sama la geng
aku penah naik ketapi.
dan since aku ade 1 taun lg yg tggl utk study kat penang aku nk merasa naik skali lagi.
tp ko naik dr mana.stau aku route da tkr.xsure.
aku lg la naik yg plg mrh je.xdpt tidur katil
skt pinggang aku duduk saje.

Bijen M. said...

Naik ketapi memang true.
Dedulu zaman J gua dulu suka travel by ketapi.
Sebab sedap smuking kat pintu.
Kah kah kah!