Saturday, August 6, 2011

Sedikit berkenaan puasa

Menyambut bulan Ramadan di Malaysia ni memang banyak dengan lambakan hiburan di televisyen, dengan drama-drama tipikal tempatan yang sangat mengasyikkan. Banyak pulak cerita-cerita yang menarik dan sangat tertarik. Semuanya best-best pulak tuh.

Itu belum lagi masuk bab-bab cara untuk memasak yang ditayangkan di siang hari. Sheila Rusly punya program lah, Chef Wan lah. Boleh meleleh air liur kalau tengok petang-petang. Hihi.

Tapi,
Puasa kali ini, aku nak cuba untuk ada kelainan sikit. Cuba. Tekankan kepada perkataan cuba. Sebab rasanya macam susah nak kurangkan, nak-nak aku ni jenis kaki tv je memanjang. Haha. Cuba untuk tengok rancangan yang berbentuk motivasi ke, rancangan yang memberi inspirasi ke kan. Cuba je lah, berjaya ke tak nanti kita tengok lah kan.

Tapi, ada satu rancangan yang sangat-sangat memberi inspiring pada aku sekarang ini. "Ini Kisahku" yang ditayangkan di tv9 setiap Rabu dan Khamis. Episod pertama dan kedua aku dah ketinggalan tapi takpe, masih boleh ditonton di tonton.com.

Rancangan ini menceritakan tentang selebriti tanah air yang sudah berubah ke jalan yang diredhai-Nya. Beliau akan menceritakan macam mana kehidupan mereka dahulu, macam mana boleh terbuka hati nak berubah and so on. Oh man, serious best. Dan memang sangat tersentuh hati. Aku tengok pun, boleh meruntun jiwa.

Dan next week akan berkisar mengenai Wardina Safiyyah. Serious tak nak terlepas. Sebab bagi aku, Wardina ini sangat motivate. Suka dengan penampilan dia sekarang dan dia memang antara artis wanita yang paling aku sukaaaaaa.

Sebenarnya banyak lagi artis yang ada tapi aku jadi tak sabar nak tengok Wardina punya. Kalau ada sesiapa masih ingat, masa dia berlakon dekat Spanar Jaya dulu, punya ranggi tup tup sekarang dah jadi yang lain. Super lain. Mesti ada kisah menarik di sebalik penghijrahan ini, kan.

Dekat bawah ini aku post video berkenaan penghijrahan Sham Kamikaze (yang tak lama lagi nak tukar nama)



Seronok kan bila tengok orang dah dapat hidayah. Berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik.

2 sumpahan:

mimi fatin said...

xpenah taw pulak ada citer ni. pkul brpa ye? nk tgok jugak wardina, dia mmg inspiring :)

GigiWangi said...

mimi fatin,
6.30 kalau tak silap. Cuba lah tengok ! :)