Tuesday, August 16, 2011

Tiga segi

Damia dan Alia adalah dua sahabat baik. Bukan mereka tidak berkawan dengan orang lain. Kawan. Cuma mereka lebih mesra atau lebih senang berdua. Dengan orang lain mungkin tidak berapa ngam. Jadi mereka lebih selesa berdua.

Kalau Alia jatuh sakit, Damia akan turut terasa sakitnya. Kalau Damia sedih, Alia akan turut menangis bersama. Bila Alia dalam masalah, Damia akan menadah telinga untuk mendengar. Mereka amat berkasih-sayang antara satu sama lain. Mereka juga sudah berjanji ingin berkawan sampai bila-bila.

Persahabatan mereka kekal sampai bertahun-tahun. Tiada masalah atau sedikit perselisihan yang berlaku kerana mereka memegang kepada konsep, "tiada rahsia antara mereka".

Suatu hari, Alia telah di-tackle oleh seorang budak lelaki yang sangat macho di kolejnya. Puas Alia menolak, tapi budak itu memang tak makan saman. Seringkali mengganggu hidup Alia. Alia rimas ke mana sahaja dia pergi, budak itu mesti mengekorinya; ke kafe, ke perpustakaan dan pernah sekali mengekorinya sampai ke tandas.

Budak lelaki itu sangat berani. Namanya Malek. Pernah sekali Malek meminta tolong kepada Damia supaya meng-adjust kan dirinya untuk Alia. Tapi Damia menolak kerana Damia tidak ingin dimarahi oleh Alia. Alia tidak menyukai Malek pada ketika itu.

Semangat Malek berkobar ingin mengorat Alia. Lama dia tunggu untuk dapatkan Alia, tapi masih lagi tidak berjaya, tapi Malek tidak pernah mengalah kerana Malek berpegang kepada konsep cerita Bollywood, "hero mesti kalah dahulu, tapi akhirnya menang".

Lama-kelamaan, hati Alia terbuka untuk Malek. Dan mereka berdua telah disahkan ber-couple.

Damia tumpang gembira untuk Alia. Tapi dalam masa yang sama, hati dia sedih. Sedih kerana kawan yang susah senang selama ini sudah mempunyai kekasih hati yang baru. Ke mana sahaja Alia pergi, dia akan pergi bersama kekasih hatinya iaitu Malek. Tidak kiralah ke perpustakaan atau ke kafe sekalipun.

Tinggallah Damia keseorangan dalam mencari erti sahabat yang baru. Alia pun sudah berubah sikap dan tidak mengambil peduli lagi mengenai sakit mahupun sedih Damia. Ke manakah janji-janji Alia dahulu ?


(bersambung)

NOTAKAKI: CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA DAN TIADA KENA-MENGENA DENGAN DIRI PENULIS. TERIMA KASIH (:

3 sumpahan:

faizul said...

damia..
meh kat abang meh...

Syamimi Fatin said...

ala, sian kt damia...

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

waaahhh~nk jd penulis da. . .siap ade bersambung-sambung lagi tue. . .caiyok3~