Tuesday, August 23, 2011

Tiga segi Part 2

(sambungan)

Damia pasrah dengan kehendak Ilahi. Walaupun dia berasa pedih di hati, tapi dia kuatkan juga hati dan cuba untuk senyum setiap kali berjumpa dengan Alia. Dia mahu Alia melihat dia gembira dan Damia juga mahu Alia gembira dengan dirinya sekarang.

Pada saat ini, Damia mempelajari banyak perkara. Mungkin ada hikmah yang berlaku di sebalik kejadian ini. Damia sudah berani untuk bergerak seorang; ke sana ke sini. Kalau dulu, hendak ke kafe mahukan berteman, hendak ke tandas, mahukan berteman, hatta hendak ke mana-mana sekalipun. Damia sudah tidak bergantung harap kepada sesiapa lagi. Dia bergerak di atas bahu dia sendiri. Jatuh bangun semua di atas bahunya sendiri.

Berani atau tidak belakang cerita. Damia harus kuat.

Tapi, langit tidak selalunya cerah. Malek dan Alia telah ditangkap basah di dalam kawasan kolejnya. Hukumannya mereka telah digantung daripada sesi pembelajaran malah bukan itu sahaja, berita ini turut tersebar dengan meluasnya.

Alia malu.

Malek telah memutuskan hubungan dengan Alia. Malek tidak mahu lagi namanya busuk. Biarlah nama Alia sahaja yang busuk, dia tidak kisah.

Berita Alia ditangkap basah dengan Malek boleh dikatakan agak hangat. Banyak mulut-mulut atau cakap-cakap belakang sesama rakan satu batch. Alia malu. Saat ini, dia tidak tahu ke mana lagi dia harus mengadu. Tidak ada seorang yang ingin berkawan dan sudi mendengar cerita dia.

Tapi,

Saat ini, detik ini dan waktu ini, Damia ada untuk Alia. Damia hadir di sisi Alia. Damia hadir untuk bantu Alia. Damia tidak membiarkan Alia keseorangan. Damia rindukan suasana sebelum-sebelum ini.

Tapi, pernah ke Alia ingat dan kisah waktu dia sedang bergembira dan berseronok dahulu. Adakah waktu dia tengah susah, sedih dan berasa sakit; kemudian baru dia mencari sahabatnya kembali. Ke mana dia waktu Damia memerlukan Alia ?

Tak ada, bukan.

Janganlah jadi seperti Alia.

"Good friends are like stars. You don't always see them, but you know there are always there"-Anonymous.

(Tamat)

1 sumpahan:

Fuz said...

esok aku baca part 1 pulak.