Friday, November 11, 2011

Attitude kita

Aku boleh terima kalau orang lain nak tegur kita dengan cara baik dan dengan cara yang kita sendiri boleh terima. Senang cakap, cara berhemah. Setiap orang buat silap. Tak ada siapa pun yang terkecuali dalam melakukan kesilapan. Get it ?

Tadi aku pergi Tesco dan lalu bersebelahan dengan Pelita Nasi Kandar. Masa itu waktu puncak dalam pukul 8 malam. Sebab apa aku kata waktu puncak, sebab waktu ini memang ramai orang sedang makan malam. Jadi, memang crowded. Aku bukan nak makan dekat Pelita, aku lalu sahaja sebab nak naik eskalator.

Kebetulan, masa tengah lalu, tiba-tiba seorang pakcik menjerit panggil pelayan Pelita. Dia marah pelayan tersebut sebab tak angkat pinggan kotor yang ada atas meja dia. Dia bising lah, kata tak buat kerja lah, pemalas, tak reti berniaga, dah duduk lama tapi tak ambik order lagi dan semua perkataan yang tidak sedap didengar.

Masa itu semua orang yang sedang makan tengok dia. Orang yang lalu lalang pun tengok sekali. Aku pun tak pasal-pasal tengok drama swasta yang tak berbayar ni. Eh free kot, siapa tak nak tengok. Satu meja dengan dia ada bini dia dan anak lelaki dia yang aku agak umur dia 20++.

Satu perkataan yang aku boleh cakap, "maluuuuuuuu".

Siapa tak malu kalau dapat ahli keluarga macam ni. Eh come on lah, tak boleh ke cakap baik-baik. Dah lah orang lain tengah jamu makanan, tiba-tiba ada suara sumbang tengah marah-marah pekerja. Spoil mood lah. Dan masa lelaki ini tengah membebel-bebel, anak dia bangun pergi entah ke mana. Tengok, anak sendiri pun malu.

Orang macam ni aku memang tak faham. Perlu ke nak jerit-jerit marah orang. Kalau aku jadi pekerja Pelita itu, memang aku menangis dekat situ jugak. Semua orang tengok. Macamlah kesalahan ni besar sangat. Apalah salahnya, pakcik itu angkat tangan panggil pelayan. Cakap baik-baik.

Bukannya susah, tak keluar duit pun.

Orang lain yang tengah makan dekat situ semua geleng kepala. Tak tahu apa yang jadi, tiba-tiba jerit, marah-marah.

Mana pergi manners ?

Kalau budak kecik tengok, apa diorang ni fikir ?

Memanglah orang itu kerja ambik order jeee. Gaji pun cukup-cukup makan jeee. Tapi perlu ke layan sampai macam tuh sekali. Dia itu manusia jugak. Ada hati dan perasaan. Macam kau.

Jadi, belajarlah hormat orang lain. Tak kira lah dia tu takde pendidikan ke, kerja biasa-biasa ke, gaji biasa-biasa ke, tetap manusia jugak punya hati dan perasaan. Bukan robot yang kau boleh marah-marah, maki hamun tapi cool jeeee.

Cuba kalau kau dekat tempat dia, kau suka ke kena herdik maki hamun depan orang ?

Tak suka kan, samalah macam dia.



Kau layan orang sama rata ?

3 sumpahan:

foo said...

maafkan pak cik.

AzLaN said...

setuju. pakcik tu mungkin ada pengalaman buruk dengan mamak kot, tu yang dia baran tu, haha!

btw, lama tak dengar kabar kau en tim..apa kabar chekgu?! hehe :D

Bijen M. said...

Harapnya makcik tu tengah period pain.