Thursday, November 3, 2011

Tagged dari aminaim

Ini first time rasanya aku buat tag dari orang. Sebelum ni aku malas nak kisah dan malas nak peduli, tapi oleh kerana blog aku pun tak ter-update, maka elok kiranya aku jawab tag ini.

Ini kiranya update santai waktu tengah kerah otak nak exam. Huh !

Rules :
1. Each person must post 11 things randomly about themselves.
2. Answer the questions the tagger has set for you in their post and create 11 new questions.
3. Tag 11 persons and link them to the post.
4. Go to their page and tell them you have tagged her.
5. No tags back !

11 perkara mengenai diriku :

1. Aku tak suka tunggu orang sebab aku bukan orang yang penyabar.
2. Aku tak reti nak mulakan perbualan. Pihak lagi satu kena mulakan dulu baru aku boleh masuk sama.
3. Aku suka masak sebab boleh penuhkan perut sendiri. Hehe :P
4. Aku suka berjalan keluar. Sehari kalau tak keluar, aku boleh jadi lemau.
5. Aku tak boleh bercakap dan berfikir dalam masa yang sama, nanti aku fikir lain, ayat yang keluar dalam mulut aku pun lain.
6. Anak kedua dari tujuh beradik. Orang cakap, anak kedua sensitif sikit. Aku cakap, "Memangggggggg pun".
7. Orang cakap aku ini garang.
8. Binatang yang paling aku takut ialah lipas sebab bila aku jerkah, bukan nak lari. Lagi datang dekat adalah.
9. Terus terang cakap, aku bukan kebanggaan mak dan ayah aku. Sob sob :'(
10. Masih belum ada lesen kereta.
11. Tak reti pakai selendang. Saya bukan seorang yang up-to-date.

11 soalan yang wajib jawab :

1. Ikhlas tak nak balas tag?
Sebenarnya aku ada banyak gila benda lain yang nak kena buat. Ni, lusa nak raya. Parang aku tak asah lagi. Tapi nanti kalau tak buat, kau kecik hati pulak kan. Jadi aku buatlah.

2. Perkara paling romantik pernah buat?
Aku cakap "i love you" dekat bapak aku. Sebab sebelum ni tak pernah buat, okey, sekali tu jeee aku cakap. Lepas tu tak ada dah.

3. Perkara paling bodoh/gila yang pernah dibuat?
Kalau kerja gila aku belum pernah lagi, tapi kalau kerja bodoh, rasanya buat kerja dua kali. Benda yang boleh settle sekaligus, aku buat dua kali. Ya, memang bodoh rasanya.

4. Name first crush?
Qi Razali

5. Apa yang aku patut buat dengan blog aku ini?
Update lagi-lagi banyak lah. Nanti dah tua-tua boleh baca.

6. Kalau kaya nak buat apa?
Anak-anak yatim dan orang miskin kena bantu. Walaupun dah tahun 2011, tapi kadar kemiskinan masih berada di level yang tinggi. Mungkin dengan kekayaan aku boleh kurangkan beban mereka. Siapa tahu, yer dak ? Lepas tuh nak melancong sebab aku suka travel.

7. Kalau terkandas di pulau terbiar, dengan siapa yang kau nak terkandas? (nama 3 orang kawan)
Ise, sebab mamat ni memang brutal kalau bab masak guna kayu api. Takde lah nanti aku mati kebulur. Dua, Eja, orang yang aku boleh cerita masalah aku. Boleh lah gosip sikit-sikit. Tiga, siapa-siapalah yang nak ikut. Siapa cepat dia dapat. Hehe

8. Ciri soulmate yang diimpikan?
Aku suka lelaki yang reti hormat orang tua. Dia kenalah banyak bercakap, jangan jadi pendiam. Kalau reti main alat muzik, itu satu kelebihan dekat dia. Huehuehue ;P

9. Apa sebab korang blogging?
Salah satu tempat yang boleh aku lepak selain fesbuk. Dulu, myspace, sekarang fesbuk pun makin boring. Lagipun, blog ini aku boleh tulis apa sahaja yang aku suka. Blog aku, sukahati lah nak buat apa. Yer dok ?

10. Berikan 2 kelebihan dan 2 kekurangan aku ?
Kelebihan : pandai main gitar, senyuman kau manis.
Kekurangan : pemalas, tak main bola.

11. Will you marry me? Why ?!
Kalau ada jodoh nanti adalah. Eceh !


11 soalan untuk anda yang bertuah :

1. Buku apa yang sangat memberi inspiring pada kau ?
2. Boleh ke sayang 2 orang dalam waktu yang sama ?
3. Suka tengok drama Korea ? Kenapa ?
4. Selain daripada keluarga, kau sayang siapa ?
5. Tempat mana yang best untuk melancong ? Kenapa ?
6. Nak kahwin umur berapa ?
7. Suka pilihan keluarga ke pilihan sendiri ?
8. Muzik apa yang last didengar ?
9. Pandai masak ?
10. Makanan kegemaran ?
11. Suka sushi tak ?

Notakaki: Soalan aku bodoh-bodoh, sebab aku takde masa nak fikir banyak-banyak. Haha. Aku tag sesiapa yang baca blog aku ini. Jangan tipu. Memang aku tak nampak, tapi Tuhan nampak.

3 sumpahan:

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

ala~da terbaca la pulak. . .huhu~

aminaim said...

aaah, aku taknak buat balik. haha
weh, mana lu tau kekurangan gua ha?!

Anonymous said...

done! haha walaupun dah lama =="