Friday, October 28, 2011

Emosi #2

Aku ada banyak kelemahan dan salah satu kelemahan dalam diri aku ialah aku tak pandai nak tuntut hutang balik. Selalunya, kalau kita lihat, manusia memang bijak bila bab nak pinjam kan. Bila masuk bab nak bayar balik, dia jadi bodoh dan pelupa.

Kalau lupa takpe, aku boleh tolong ingatkan, sebab aku akan mintak sekali. Tapi kalau masuk bab nak ingatkan berkali-kali, siapa tak muak ?

Mintak hutang ni samalah macam kes mintak barang balik. Barang aku, kalau dah guna, bagi balik. Ini, bila aku nak guna, terhegeh-hegeh aku pergi carik kau dan mintak. Eh, siapa pinjam siapa punya ni ?

Bencilah.

Bila aku dah terkena macam ni, jangan harap lepas ni aku nak terkena lagi. Serikk ! Sekali aku boleh terima, tapi kalau dah masuk 2 kali, aku rasa kau memang nak kena.

Jaga kau !



Notakaki: Pagi-pagi lagi aku dah emosi. Ceit !

3 sumpahan:

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

wooo~
marah btol neyh!!
namapun manusia ema~
itu bru sikit tue. . .
lg trok pn akak pena kena~
smile :)

Izmir Fadzil said...

aku harap aku tak pinjam pape dr kau.nk pulangkan pun takut~

GigiWangi said...

Kak Wan,
Cuba kalau kita buat dengan dia. Mesti dia tak suka kan. Ceit

Izmir,
Baru kau tahu !