Sunday, December 11, 2011

Tanganku kayu

Selain daripada tengah ambik lesen kereta, cuti semester ini jugak aku sedang belajar cara-cara untuk melukis dengan baik serta cantik dengan menggunakan komputer. Dan sesungguhnya, melukis menggunakan mouse di tangan amat payah sekali jika dibandingkan menggunakan pen dan pensel.

Dan kalau seseorang itu ada penyakit parkinson, amat susah sekali bagi dia untuk memegang mouse dengan baik. Menggigil-gigil dibuatnya.

Dan bagi orang yang sudah biasa atau sudah terror, ia mungkin perkara yang kacang bagi mereka. Tapi bagi aku, ia merupakan sesuatu benda yang sukar. Tapi sesukar macam mana pun, sebenarnya seronok jugak.

Nak lukis apa pun boleh.
Nama pun percubaan pertama, mestilah tak berapa nak comel. hikhik :P



Notakaki : Aku tak reti nak mewarna. Ada siapa-siapa yang reti?

2 sumpahan:

Izmir Fadzil said...

amboi sempat lagi nak buat tudung lilit kan

GigiWangi said...

Izmir Fadzil,
Hahaha. Fesyen lah weh, kang kata aku tak up-to-date. Hehe