Monday, January 30, 2012

Alhamdulillah. I'm officially 21

Terima kasih kepada rakan-rakan yang tak henti-henti wish birthday dekat fesbuk. Dekat phone pun sama, sampai memory full. Maklumlah, saya pakai handphone cap ayam je. So, lambat sikit bila message masuk menderu-deru. Tunggu nanti siapa yang baik hati lagi pemurah nak bagi iPhone dekat saya. Jutaan terima kasih saya ucapkan. Rasanya dengan membalas perkataan 'terima kasih' belum cukup untuk menyatakan betapa rasa terharu dan gembiranya diri ini. Tak reti nak gambarkan macam mana bila kawan-kawan mendoakan untuk kita pada hari yang penting bagi kita dalam setahun ini kan. Hanya setahun sekali sahaja untuk dapat ucapan yang sangat terharu ini.

Ini hadiah buat kalian; cup cup cup (bunyi kucupan penghargaan)

Jadi, setelah melangkah ke umur yang baru ini; 21 tahun. Ini beberapa perkara tentang saya :

1. Masih lagi tidak berjaya mendapatkan berat badan yang diidam-idamkan.

2. Tak suka warna yang terang. Contoh pink. Tapi, kalau orang teka saya suka warna apa, mesti mereka akan cakap saya suka pink. Mungkin mereka nampak perkataan 'pink' itu dekat dahi saya. Mungkin kot. Oh please, saya paling tak suka. Tak berkenan.

3. Tak jujur pada diri. Ya, saya mengaku. Kadang-kadang hati cakap 'tak nak' tapi mulut cakap 'nak'. Saya kejam pada diri saya sendiri.

4. Mudah kasihankan orang. Saya tahu sipolan itu tipu saya. Tapi saya tetap nak tolong dia. I don't mind. Sebab saya kasihan. Am I stupid ? Huhu

5. Masih belum ada calon nak buat suami. Nyetnyet (bunyi cengkerik)

6. Tak reti buat pilihan. I'm just go with the flow. Jangan bagi kata dua. Sebab saya memang tak reti nak bagi keputusan. Uols kena decide dan saya ikut. Kan senang !

7. Suka art, tapi nak pegang berus pun menggigil. Ceh !

8. Tak suka tunggu orang sebab saya pun tak suka orang tunggu saya. Kau lambat, tinggal. Itu prinsip saya.

9. Tak suka hidup berpuak. Nak kawan dengan semua. Tapi depa tak faham.

10. Tak makan ikan. Tak makan sayur. Lepas ni nak try makan. Tengok boleh pergi ke tak.

11. Tak reti pakai selendang dan masih lagi peminat setia tudung bawal. Sorry lah, saya bukan seorang yang up-to-date.

12. Dah boleh pergi daftar mengundi weh. Yeahhh !

13. Suka baking lebih dari memasak.


Hmm, cukuplah sampai 13. Nak cukupkan sampai 20, tapi macam dah lupa banyak. Ini pun dah kira okey, daripada takde langsung. So, sekali lagi happy birthday kepada anda yang meraikan birthday yang sama dengan saya. Umur hanyalah pada angka. So please jangan cakap saya tua okey. Cuma dah matang. :)

Dan sekali lagi, ucapan dari 'dia' belum juga ada. Nah, lagu pupus oleh dewa sebagai penutup entri kali ini. Zzzzzz



Notakaki : Entri yang terharu kena pakai ganti nama 'saya'. Nanti kalau pakai 'aku', tak nampak terharu pulak.

3 sumpahan:

Cikgu Izmir said...

ingatkan aku tengah baca blog hanis zalikha, sekali blog where.aiseh cemas jugak bila orang wish artis ni.takut tak dibalas pulak.
eh HB kawan~

Syamimi Fatin said...

happy birthday ye semoga dipanjangkan umur dn dimurahkan rezeki :)... err no 6,8 dgn 13 samala! :D

GigiWangi said...

Izmir,
Eh, apa kena mengena Hanis Zalikha pulak. Kau nak cakap muka aku sama dengan dia pulak ke ? Ceh !
Btw, terima kasih daun keladi :)

syamimi fatin,
Thanks awak ! Erk, sama ke ? Okey, gimme five !