Saturday, January 28, 2012

Congratulations

Seronok kan bila tengok kawan-kawan sekolah kahwin. Rasa lain macam sikit. Haha. Ini kawan sekolah aku yang first kahwin. Masa dia bagitahu dulu yang dia nak kahwin, aku macam tak percaya. Aku rasa dia ni main-main. Tapi ada ke orang nak buat main-main yang dia nak kahwin kan. Aku pun satu hal.

Sebab bagi aku, aku tak biasa lagi dengan kawan yang kahwin masa zaman belajar. Sebab tu aku buat muka berkerut.

Lepas tu aku dah tak reti nak cakap apa dah. Orang putih cakap speechless. Dan hari ini, majlis kahwin dia dengan kakak dia. Sweet kan mereka.

Kawan aku ni, last aku jumpa dia masa Form 3. Form 4 dia pindah sekolah, masuk asrama. Lepas tu terus tak jumpa. Lepas spm, kawan-kawan yang lain ajak jumpa, cuma aku seorang je yang tak join. Tak ingat kenapa aku tak jumpa masa itu. Ada hal lain atau time tu aku dah daftar matrik. Hmmm.

Dan hari ini baru jumpa. Setelah sekian lama. Lepas tu, dia boleh cakap muka aku tak berubah langsung. Aku cakap awet muda lah. Lepas tu dia cakap macam muka kanak-kanak. Ceh !

schoolmates :)

Ini boleh dikatakan ala-ala reunion kecil lah bagi aku. Sebab kawan yang memang dari Melaka pun sanggup turun sini. Masing-masing dengan cerita masing-masing.

Kawan aku ni nasib dia baik sebab jodoh dia sampai awal. So kira special lah kan. Zaman belajar lagi dah kahwin. Dan seperti biasa, bila kawan aku ni dah lepas, kawan-kawan yang lain mesti tanya,"who's next?" dan tak pasal-pasal nama aku pulak naik. Ceh, ada pulak bagi-bagi ikut giliran macam itu. Tak aci langsung. Diorang ni tak tahu ke muka aku masih muka kanak-kanak lagi. Bagi lah dekat orang lain dulu ke kan. Baru aci !

Dan kepada Halila, selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga ke syurga. Tahniah !


Notakaki: Lepas balik dari kenduri kahwin ni, aku rasa aku kena lupakan 'dia'. Sebab ayat yang aku dapat ni memang power.

" Jika Allah tidak memberikan seseorang yang saya impikan, semoga Dia menghadirkan seseorang yang mengimpikan saya"

5 sumpahan:

mynameiskhairul said...

ko kawen jgn lpe jmput..
aku nk mkn free jeeee~

syamimi fatin said...

kwn bertunang pun ada rs lain sikit, ni kawen lg la kan? jodoh dia sampai awal :)

sea_lavender said...

tahniah utk halila~ kte tak kenal tapi rse die pnh add d fb tak approve hehe =D ermm.. awal ek die kawin... jodoh da sampai~ nota cinta kte utk fatimah ~~ cintailah dan sygilah org yg mncintai dan m'yayangi kita.. itu la yg terbaik..ingtn dri ini juga~

GigiWangi said...

Khairul,
Eh, mana kau tahu blog aku hah ? Curious gila !

syamimi fatin,
Yup. Dia punya jodoh awal. Masing-masing ada jodoh tersendiri. Cuma cepat atau lambat je. Yer dok ?

sea_lavender,
Hahaha. Thanks untuk nasihatnya wani :P InsyaAllah. Pernah dengar lagu Pupus oleh Dewa. I feel like that. Krook krook !

mynameiskhairul said...

ko kn penah bagitau blog ko nie..
siap pomot agy mse tu..
hahaha..