Thursday, March 15, 2012

Cerita di Rumah #2

Nak dekat seminggu mak dengan ayah aku takde dekat rumah. Ini apa yang aku rasa sepanjang mereka tiada di rumah :

1. Pagi tadi mintak bantuan adik aku tolong vacuum kan bilik-bilik dekat atas. Itu kerja yang paling senang aku bagi selain daripada buang sampah. Itu pun lepas dah bising banyak-banyak kali. Dah merayu bagai. Lepas tu aku cakap, nanti aku belanja dia Mcd. Akhirnyaaaaa, baru dia buat. Yes, adik aku lelaki. Susahnyaaa nak suruh orang lelaki ni buat kerja. Payah bebenar nak menolongnya. Nak kena ada ganjaran baru nak buat ? Phewwww.

2. Bila mak dengan ayah aku ni takde baru lah rasa susahnyaaaa. Takut dengan budak-budak yang suka bergaduh ni. Sorang suka menyakat, sorang lagi suka melayan. Habis macam mana nak buat. Aku nak tolong, nanti dengan aku-aku sekali masuk bergaduh. Dah lah budak-budak ni tak takut langsung dengan aku. Ish !

3. Aku mengaku lah yang aku tak mahir lagi bila bawak kereta manual. Budak-budak ni nak pergi tuisyen, aku yang menghantarnya. Semua kereta dekat rumah ni kereta manual, nak tak nak kena gagahkan diri jugak supaya bawak. Tapi Alhamdulillah setakat ini takde apa-apa lagi cuma budak-budak ini takut nak naik dengan aku. Hehe. Sorry uols.

4. Aku tak tahulah, tapi dengar-dengar sehari dua hari ini air dekat area KL takde. Jadi, aku telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menadah air dekat semua baldi. Hampir semua. Lepas itu aku telah menasihati adik-adik aku supaya jangan membazirkan air. Nanti air takde. Sekarang ni pun, air ada sebab guna air tangki. Lepas sehari dua hari, adik aku cakap, "air ada je ni. Kak ngah tipu eh?"

Tolong doakan agar area Gombak tak kena dengan gangguan air ni.

5. Bila mak dengan ayah aku takde ni. Aku paling takut tiap kali waktu malam. Takut ada pencuri masuk. Imaginasi aku terlalu tinggi kadang-kadang. Itu aku mengaku lah. So, lepas maghrib, aku dah suruh adik-adik aku makan cepat-cepat sebab senang nak kemas, nak buang sampah semua. Lebih kurang pukul 9, aku dah lock gate, dah tutup pintu dan langsir. Bagus kan aku ? Hahahha

6. Kerja rumah yang paling aku malas tiap kali nak buat ialah lipat baju. Kalau suruh basuh baju, aku okey lagi, kalau suruh aku jemur baju, aku boleh lagi tapi kalau suruh lipat baju. Alamaaaaaaak.

7. Aku takde lah terror sangat dalam bab memasak ni. Tapi setakat ni budak-budak dekat rumah ni takde lah sampai tercirit ke, sakit perut ke kan. Kira terror gak lah aku ni kan. Hahaha :P

8. Cuti sekolah ini budak-budak ini nampak sangat muka boring-nyaaaaaa. Habis nak buat macam mana. Aku nak bawak jalan-jalan pun, aku pun tak confident. Jadi duduk di rumah sahaja lah. Setakat pergi kedai dekat bawah itu je lah. Nanti hujung minggu tunggu abang aku balik, kita pergi Wangsa Walk okey.

9. Penah weh nak jadi suri rumah, tapi cita-cita aku nak jadi suri rumah bila dah kahwin nanti. Ni nak kena fikir balik ni. Masih belum terlambat. Hahaha

10. Aku dah takde idea. Bye

0 sumpahan: