Tuesday, March 13, 2012

Random #5

Cuti sekolah ini begitu ramai orang yang dah bertukar status. Daripada single dah jadi tunang orang. Daripada tunang orang dah jadi suami orang. Itu satu petanda yang baik. Tahniah. :)

Sebenarnyakan, ada benda yang aku rasa kita-kita ni tak perlu buat. Kawan aku baru bertunang. Jadi dia bertunang secara senyap. Nama pun tunang, bukan benda yang perlu diheboh-heboh. Cukup sekadar kaum keluarga, jiran tetangga dan kenalan yang rapat saja yang tahu.

Jadi, dia jemput sekadar untuk meraikan sahaja. Bukan nak pilih bulu ke apa. Tapi nama pun tunang, takde lah besar-besaran. Jadi, bila kawan-kawan dia yang lain tahu menerusi fesbuk yang dia sudah bertunang dan sipolan itu tidak dijemput, sipolan itu terus-terusan menanyakan, "kenapa tak jemput" "macam ni lah kawan" "sampai hati weh, tak ajak" dan soalan-soalan yang lain yang aku rasa tak perlu kot nak tanya.

Dan kawan aku tak reti nak reply apa. Takut kawan-kawan ini terasa.
Dan dia pulak yang rasa serba salah dengan pertanyaan kawan-kawan macam ni.

Macam ni lah, aku rasa, ada sesetengah perkara yang kita tak perlu nak tanya sebabnya. Sebab kenapa tak ajak itu terpulang kenapa tuan punya badan. Kenduri dia, suka hati dia lah nak ajak ke tak. Dan aku rasa, majlis bertunang, tak perlu nak ramai-ramai sangat. Cukup orang-orang yang terdekat sahaja hadir. Kenduri kahwin nanti, baru lah dia ajak. Jadi, tak perlu nak terasa sangat.

Come on peoples, cuba matang sikit. Kesian tuan punya badan itu, daripada nak happy-happy jadi serba salah pulak dibuatnya.

1 sumpahan:

Fuz said...

eh, orang tak matang ramai sekarang :)