Tuesday, April 24, 2012

Isu Semasa- Perihal PTPTN

Sebenarnya, aku bukanlah orang yang layak untuk berbicara soal ini kerana aku bukanlah seorang peminjam. Jadi, aku tak rasa perit, jerih dan kesusahan orang-orang yang meminjam ini sebab aku tak masuk ke dalam kasut orang itu dan rasa apa yang mereka rasa.  Macam mana mereka berkerut dahi memikirkan hutang yang mereka harus langsaikan bila dah kerja nanti.

Adik-beradik aku memang takde buat pinjaman. Fully tanggungan family. Mak dengan ayah aku tak bagi abang aku buat pinjaman sebab takut sesak bila nak bayar time dah kerja nanti dan adalah sebab-sebab yang lain yang aku pun tak tahu kenapa ayah aku berkeras sangat tak nak bagi abang aku buat pinjaman. Abang aku belajar dekat UPNM; ambik kos mechanical engineering. Seperti yang kita semua tahu, buku-buku universiti sangat mahal dan tebal-tebal. Tapi alhamdulillah, abang aku boleh survive sampai sekarang, tahun akhir. Duit bulan-bulan mak aku bagi memang cukup-cukup untuk dia. RM 300 sebulan. Cukup tak cukup, pandai-pandailah urus sendiri. Itu mak aku pesan. 

Jadi, sebagai anak jantan, aku perasan yang abang aku tak pernah mintak dekat mak dan ayah aku kalau dia tengah sesak. Dia nak paw aku pun tak pernah. Kalau mak aku ter-bank in duit lambat pun, dia still cakap, "ada duit lagi". Jarang nak dengar perkataan "dah takde duit". Dan korang mesti berfikiran yang, "alaaaa, tanggungan sikit boleh ahh" "alaaa, mak dan ayah kaya, boleh lah hidup" kan? kan? kan?

Sebelum kamu semua berfikiran lebih jauh, ingin aku beritahu bahawa aku mempunyai tujuh orang adik-beradik dan aku anak kedua. Jadi maknanya, aku punya ramai adik-adik yang masih bersekolah. Mak dengan ayah aku bukan kerja hebat-hebat macam mak dan ayah kamu semua. Parents aku hanyalah seorang guru. Ya, guru biasa yang hidup di kota metropolitan (Gombak boleh kategori sebagai kota metropolitan ke, ahh lantakkk) Apalah sangat gaji seorang guru biasa. Yer dak ?

Jadi, berbalik kepada cerita abang aku;

Duit yuran untuk satu-satu semester, ayah aku akan bagi langsam bila buka semester. Kira mahal jugak yuran budak-budak universiti ini, tak silap aku, yuran dia, RM 1 500++ macam tu lah, tapi yang penting kurang dari RM2 000. Jadi, boleh nampak macam mana rangka perbelanjaan abang aku untuk dia survive dengan hanya berbekalkan RM 300 dalam tangan selama sebulan. 

Sebelum aku terlupa, abang aku student UPNM. Semua tahu kan, ini universiti yang macam askar itu. Bukan macam dah, tapi memang. Dan abang aku bukan budak kadet, tapi dia seorang pelajar awam. (Untuk lebih memahami maksud kadet atau awam ini, boleh tanya dekat ruangan komen, aku tak sempat nak cerita atau boleh tanya kawan-kawan yang faham. Okey, ini homework eh :P) Budak awam tak semewah budak kadet. Budak kadet, dapat elaun pun memang kau boleh makan pizza untuk satu semester. Jadi, hidup sebagai seorang pelajar awam ini biasa-biasa sahaja. Kalau nak duit lebih macam budak kadet, kena training. (lebih kurang macam askar wataniah lah). Kalau buat training, baru dapat habuan.

Jadi, abang aku akan buat bila dia betul-betul free. Hidup dekat U, lain cara hidup dengan student di maktab. Hahaha. Mungkin kehidupan di maktab terlebih enjoy pada permulaan. Hehe :P

Jadi, duit poket sampingan abang aku hanyalah berpandukan kepada latihan askar yang dia akan buat sekiranya dia rajin. 

Jadi, bagi orang yang tak punya duit yang mewah-mewah ini, dia takkan joli duit itu pada benda-benda yang tak sepatutnya. Fokusnya hanya satu; iaitu belajar sampai grad. Walaupun kos hidup dekat tempat abang aku belajar ini tinggi; Sungai Besi. 

Hal ini berbeza dengan aku. Aku ditanggung penuh oleh kerajaan. Alhamdulillah. Jadi, aku tak perlu serabutkan kepala aku dengan memikirkan pasal duit belanja semua. Tugas aku hanya perlu belajar. Jadi, macam orang lain, bila dah dapat duit yang bertimbun-timbun masuk dalam akaun bank dalam sekelip mata. (kes ini lebih kurang macam duit PTPTN masuk). Hidup aku jadi tak keruan untuk sentiasa berjimba-jimba, menghabiskan masa dengan window shopping, holiday sana-sini (al-maklumlah Penang banyak tempat best, pantai pun cantik). 

Nampak tak macam mana cara hidup aku dengan abang aku ? 

Sebenarnya kita ini mudah lupa. Kitakan manusia. Mudah lupa bila ada kesenangan depan mata. Dan aku lah salah seorang antaranya. Pantang ada duit depan mata, semua benda nak beli. Yang lelaki, dengan motor barunya, belanja gf makan, kasut sukan barunya, baju yang branded bagai, makan tempat mewah-mewah; yang perempuan, dengan beg baru, baju baru, kasut baru. 

Yang sepatutnya duit yang kita dapat itu, fokus utama adalah untuk belajar. Tapi lebih ke arah lain. Menghabiskan duit bukan pada saluran yang betul. 

Tapi aku bernasib baik, sebab duit yang aku dapat itu adalah elaun. Kira tak perlu bayar balik. Tapi macam mana pulak dengan orang yang meminjam PTPTN ? Aku yakin, tak ramai tapi mungkin sebilangan ada yang berperangai macam aku. Kan? 

Jadi, kenapa nak buat demo sana-sini cakap nak hapuskan bayaran balik PTPTN ? dah pinjam, lepas itu dah syok-syok joli sakan nak cakap tak payah bayar. Tak baik lah macam itu kan. Itu serupa kau nak pinjam duit orang, dan kau cakap kau bayar akhir bulan tapi bila dah akhir bulan, kau cakap kasi langsailah hutang itu. Tak baiklah kan. Itu menipu namanya. Dan aku rasa, buat demonstrasi di jalanan adalah sangat tidak cool. 

Penghapusan bayaran balik PTPTN boleh jadi wajar untuk orang yang belum meminjam. Kira kena buat perjanjian baru .Ini boleh apply untuk batch baru nanti. Itu pun kalau kerajaan nak lah kan. Baru lah fair and square. Apa yang dah tertulis dalam perjannjian, kenalah aplikasikan. 

Itulah, aku nak cakap lebih-lebih kang, macam terlebih sudu dari kuah pulak. Apahal aku nak bising-bising padahal pinjam pun tak kan. Jadi, aku rasa baik fikir masak-masak kalau ada lah antara pembaca blog ini (adik-adik lepasan spm) yang nak meminjam. 

Yang mana rezeki dia baik, boleh mintak bantuan biasiswa yang macam orang lain buat, jpa ke, petronas ke dan apa2 je lah lagi... tapi itu result nak kena gempak lah. Jadi, macam orang selalu bilang,"bergantung kepada rezeki masing-masing jugak". 

0 sumpahan: