Sunday, April 22, 2012

Pemerhatian

SATU :
Dekat tempat aku belajar ini, ada satu couple yang memang macam belangkas. Mana-mana aku pergi, mesti nampak makhluk ini. Aku tak tahu sama ada diorang ini yang follow aku, atau aku yang follow diorang. O.o

Aku pergi kafe. Ada.
Aku pergi shopping dekat Tesco. Pun ada.
Aku pergi makan dekat kfc. Lagilah ada.

Jadi, kau rasa diorang ni follow aku ke ? Tapi nak buat apa pulak kan ? Takkan aku pulak yang follow diorang ? Oh please....

Aku bukan nak komen apa. Tapi agak-agaklah kan. Orang lain pun couple jugak, tapi diorang ni rasa macam diorang lah satu-satunya couple dekat atas muka bumi ini. Sampai berkepit tiap hari. Aku yang melihat pun, rasa annoyed gila.

Ini belum kes yang bf dia asyik tunggu depan pintu hostel. Nak pergi kelas, konon-konon nak pergi sesama ah. Ceh, takleh blaaaaa.


DUA :
Orang mula-mula couple memang semua benda dia nak tunjuk. Konon-konon dia-lah couple paling sweet-muweet dekat sini. Bluekkkk, muntah darah !


TIGA :
Perempuan boleh accept lelaki yang gemuk, hitam, tak handsome, pendek, hidung kemek, banyak jerawat untuk jadi pasangan hidup

TAPI,

Lelaki akan pilih perempuan yang seksi, cantik, cun-melecun, pandai bergaya, putih-melepak, mata bulat, kurus, mata lentik untuk jadi pasangan hidup

Nampak perbezaan ?
Berapa kerat je lelaki yang betul-betul nampak AKHLAK sebagai satu kecantikan ?
Takde bro. Takde. Orang India cakap, Yi-lek. 

4 sumpahan:

syamimi fatin said...

kalu mcm couple tu, xde masa dgn kwn la kn?

aminaim said...

akhir zaman...:(

faizul said...

budak tu budak juniorkan

GigiWangi said...

syamimi fatin,
Hahaha. Itu sudah tentu lah.

aminaim,
Begitulah manusia zaman sekarang.

faizul,
Hehehe. Hang pun perasan jugak ke ?