Sunday, July 15, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan

Tambah-tolak, tinggal 5 hari sahaja lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang mulia. Bulan yang penuh barakah, semua orang tahu itu.

Kalau orang lain, ada yang tak sabar nak menanti kehadiran Ramadan ini. Tunggu kehadiran Ramadan macam nak tunggu hari ulangtahun kelahiran, tunggu Ramadan macam nak tunggu hari anniversary, punyalah macam-macam preparation dah buat. Dah mula kemaskini checklist untuk khatam Quran. Dah mula puasa sunat untuk bulan Rejab dan Sya'ban. Tapi kita macam mana ? Ada tak buat preparation ? *kalau ada tepuk tangan untuk diri sendiri*

Jadi, untuk menyambut kehadiran Ramadan yang bakal kunjung tiba ini, aku nak biarlah ada kelainan dengan Ramadan yang sebelum-sebelum ini. Yang bagi aku, sebelum ini, puasa hanya sekadar puasa. Aku sedang cuba untuk perbaiki diri. Masih banyak yang perlu diperbetulkan. Tompok hitam dekat hati ini, aku perlu gilap. Nanti makin lama kalau dibiarkan, boleh reput.


Ayat dari fesbuk yang cute : AHAD cari ISNIN, nak tanya nampak tak SELASA agar ingatkan RABU bagitahu KHAMIS supaya jangan lupa message JUMAAT yang SABTU dan puasa...

Salam Ramadan :)

1 sumpahan:

sea_lavender said...

Salam Ramadhan yg bakal menjelang tiba2.. sma2 kita koreksi kan diri kte dgn meningktkn ibadah.. amar makruf nahi mungkar... moga kte dlm redha-Nya.. dn umo pnjg bertemu Ramadhan.. Insya-Allah.. ;)