Friday, September 21, 2012

Biasa

Kebanyakan students maktab tengah busy sekarang. Busy dengan assignment, busy dengan presentation, busy dengan lesson plan bagai. Aku bukan nak merungut pasal kerja tengah banyak, cuma nak cerita sikit pasal hubungan dengan bf/gf bila time-time tengah busy macam ni.

Bila time tengah serabut macam ni lah, semua orang nak naik angin. Mood tengah tak baik. Serabut. Lesson plan hantar 2 3 kali kena reject. Memang patutlah untuk bad mood kan.

Jadi, aku tengok kawan-kawan perempuan aku tengah dalam keadaan mood tak stabil. Siapa kacau, memang tahulah nasib macamana.

Aku- yang nampak keserabutan mereka depan mata aku, memang tak berani nak kacau lah kan.
Ni bf-bf mereka yang tak nampak tu.

Hari tu siap aku dengar lagi, kawan aku macam nak bergaduh dengan bf dia dalam phone. Haih, tak pasal-pasal aku kena dengar masalah rumahtangga orang. 

Yang gf dah bagitahu, minggu ni busy. Jangan kacau. Tapi yang bf tak faham-faham bahasa, pergi called. Memang patut lah kena sembur kan. Haih. 

Ini bukan sorang dua. Tapi aku rasa lebih lima orang untuk aku saksikan kes rumahtangga belum jadi ni. Lepas tu ada pulak siap bagi nasihat percuma dekat aku suruh jangan couple. Haha.

Pesanan Penaja :
Tak payah lah couple kalau tak boleh nak bagi komitmen dengan baik. Kan menyusahkan namanya tu. Hehe

2 sumpahan:

-hazen said...

Pesanan penaja dua :

cinta datang-pergi, hidup jauh lagi.

:D

snf said...

duniawi.hehehe