Saturday, September 1, 2012

Sedikit pasal Raya

Nampaknya dah lama aku tak update blog. Kesibukan di dunia realiti menyukarkan aku untuk berada di dunia maya. Mungkin alasan yang lebih tepat, pemalas nak update. Teheeee

#1
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, masih lagi beraya di Gombak. No kampung, no bakar lemang, no suasana bingit dengan saudara-mara. Bersyukurlah anda semua ada kampung. Tugas aku dengan family adalah menjaga rumah jiran-jiran semasa mereka semua pulang ke kampung halaman masing-masing.

#2
Akan ada soalan dari makcik-makcik dan pakcik-pakcik tanya bila nak habis belajar. Bila dah habis belajar, akan ada soalan, bila nak kahwin, dan seterusnya. Kalau ada jodoh tak ke mana, yer makcik dan pakcikku sekalian.

#3
Masih lagi layak untuk menerima duit raya. Siapa kata dah besar-besar tak dapat?

#4
Kalau jumpa dengan saudara-mara jauh, yang tak pernah berjumpa or even kawan mak aku, mesti diorang akan ingat yang aku anak sulung. No way. Diorang nampak abang aku terlalu kecil dan sedikit jambu di situ. Bahahhaha

#5
Berjaya kumpulkan lebih kurang 30 orang (ex-schoolmates) untuk program "Redah Raya". Really enjoyed. 13 rumah berjaya di redah dalam masa 12 jam. Memang betul-betul gila. Tapi aku join half way jeeeee, pasal besok itu nak kena gerak balik Penang. Maybe next time boleh kumpulkan lebih daripada ini dan aku cuba untuk join program sampai habis.

Setakat ini je yang aku ingat berkaitan raya untuk tahun ini. Semoga berjumpa lagi.

selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin dan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-55, oh tanahairku.


Hello September :)

0 sumpahan: