Sunday, September 2, 2012

Sekarang Aku Tau

Sekarang Aku Tau Oleh A. Ghafar Ibrahim

Sekarang aku tau
di antara kita ini
bukan semua bersedia bersatu

Sekarang aku tau
di antara kita ini
ada sukanya kepada memijak kepala

Sekarang aku tau
di antara kita ini
rapatnya masa seseorang itu berkaca

Sekarang aku tau
di antara kita ini
lari ketika seseorang itu dalam neraka

Sekarang aku tau
di antara kita ini
ketawa melihat seseorang itu terbakar

Sekarang aku tau
hidup mesti bermata-mata
kerana menangis bukan berdua.

0 sumpahan: