Tuesday, October 2, 2012

Tanpa disedari

Hidup aku sekarang tengah miserable. Hidup-hidup terakhir untuk penghujung semester memang tak terurus sikit. Tidur lambat, nasib baik ada nescafe menjadi teman setia aku. Tapi nescafe hirup hari-hari pun bahaya jugak.

Macro teaching tengah berderet tunggu turn, 
lesson plan kena re-do, 
segala mak nenek fail kena hantar.  
semuanya dalam minggu ini.
Bajet busy kalah budak tahun akhir.  

itu belum masuk lagi, aktiviti berkebun, pameran, seminar.... ahhhhh, stressssss !

Ayat common kawan aku bila tengah stress, "Untunglah jadi cikgu". 

Ya, sangat 'untung' ya kawan-kawan.

Stress waktu belajar baru lah rasa macam life student kan kawan-kawan (ayat nak sedapkan hati).

***

 Ada benda aku nak share sebenarnya. Tapi disebabkan dah lama tak menulis, jadi kekok sikit. Hehe.

Kita selalu dengar orang cakap, "mesti ada hikmah di sebalik kejadian itu..... blablabla". Tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul percaya.

Dulu, pernah ada seorang hamba Allah ni, (kita namakan dia Haziq untuk memudahkan jalan cerita) cabar aku. Yang sebenarnya bukan cabar tapi dia macam naikkan amarah aku. Jadi, aku kira dia cabar aku. Adalah ayat dia yang buat aku sentap. Aku sentap, then terima cabaran dia. Sebab aku nak buktikan kat dia yang aku pun boleh buat tanpa bantuan dia (alaaaaa, mamat-poyo-berlagak-gila).

Waktu tu, Tuhan je lah tahu macam mana aku rasa. Orang lain terus-terusan cakap, tak payah layan mamat keparat ni. Tapi aku tak peduli. Darah muda aku tengah naik. Apa yang penting, aku nak tunjukkan kat dia jugak yang aku boleh buat lah. Jangan nak berlagak sangat. Itu je fokus aku time tu. 

Nampak memang macam ego aku tinggi, tapi aku tengah marah. Apa pun tak peduli.

Aku bukan jenis yang kuat melenting tapi kadang-kadang panas hati jugak lah kan. Lagi-lagi bila berdepan dengan orang-ikut-sedap-mulut-je-nak-cakap-apa.

Dipendekkan cerita, aku seharusnya berterima kasih dekat mamat-poyo-berlagak-gila itu sebenarnya. Sebab kalau mulut dia tak berbisa dulu, perjalanan hidup aku tak semudah sekarang. 

Jadi, percayalah "setiap apa yang berlaku dalam dunia ini, ada hikmah di sebaliknya". Tak nampak hikmah itu sekarang, tapi mungkin akan tahu jugak mungkin dalam 2 3 tahun dari sekarang. Macam aku tengah alami sekarang, aku tengah rasa hikmah dulu itu.

Tuhan itu maha Adil, kawan. Percayalah.

0 sumpahan: