Tuesday, October 2, 2012

Pengkenen

Aku tak ingat aku dah pernah post pasal benda ni ke tak. Ingatan aku lemah sikit kadang-kadang. 

Tak kiralah dah pernah post ke tak, asalkan ada benda aku nak update. Lantak lah kan.

Kawan aku (lelaki) ini baik. Baik gila. Baik macam malaikat. Sumpah baik. Aku dah pernah buat ujian dekat dia, dan ujian itu lulus. Ternyata dia sememangnya benar-benar baik. (kiralah berapa banyak perkataan 'baik' aku letak untuk menggambarkan betapa baik-nya dia ini).

Tapi sayangnya, dia kawan aku. Jadi nak ada feeling lebih-lebih itu memang tak lah kan. Masalahnya, ada pulak tukang kenen-kenenkan 'dia' ini dengan.....


aku.


Ah, masak. 

Jawapan aku mudah; aku serius tak boleh nak feeling lebih-lebih dengan orang yang aku dah anggap bestfriend. Mamat ni kira dah jadi bestfriend (kena taip penuh-penuh nanti konfius pulak) aku lah. Jadi, untuk ubah tittle 'bestfriend' kepada 'bf'' itu payah bagi aku.

Mungkin bagi orang lain mudah, tapi maaflah, aku lebih menghargai persahabatan. Sebab bagi aku, persahabatan itu mahal.

Nasib baik aku ni jenis hati kental. Setakat kena usik-usik macam ini, boleh gagah lagi lah nak cakap dengan dia. Tak macam orang lain, kalau dah kena kenen-kenen, jadi tak sedap nak berkawan. Jadi malu-malu.

Well, orang lahir bulan Januari memang hati kental sikit. Hehe. 

Jadi, aku doakan semoga dia dipertemukan jodoh dengan orang yang baik macam dia jugak. Aminn. 

2 sumpahan:

Cikgu Izmir said...

nak je aku tag budak baik tu.haha

GigiWangi said...

Izmir Fadzil,
Ceh. Hang mana tau sape weh