Monday, January 14, 2013

Kelat

I
Hmm, macam mana nak mula eh. Aduh, lama tak menaip, jadi payah pulak.
Macam ni lah, I'll do my best to treat  people the best I could. Supaya orang lain rasa selesa dengan kita. Tapi itu lah, mungkin aku terlebih berharap pada dia. Too much expectations, barangkali. Jadi, mungkin aku patut buang sikap yang sebegitu. "what you give, you get back" barangkali sudah tidak sesuai untuk digunakan. 

Dan aku pernah baca, tapi tak ingat dekat mana,"jangan berasa kecewa sekiranya tongkat yang diberi sebagai bantuan kepada seseorang akhirnya digunakan untuk memukul kita".

Jadi, jangan lah terlalu berharap pada manusia.

II
Macam mana nak deal dengan orang yang tak berperasaan atau senang cakap; selfish ? Sekali - aku rasa nak tolong. Memang niat nak tolong dia. Tapi dah 2 3 kali aku nampak macam dia takde inisiatif nak buat benda itu sendiri. Nak mengharap aku seorang. Jadinya, aku tak reti nak berterus terang sebab takut dia tersinggung, dan inilah kesilapan besar aku- terlalu nak menjaga hati orang sampai hati sendiri merana. Sebab aku tak nak, benda-benda macam ni boleh jadi masam muka tak bertegur sapa. Tapi, itu lah, dia ni pulak jenis tak tahu lah nak cakap macam mana. Ada pulak manusia macam ni. Sabor je lah. Jenis tak fikir perasaan orang lain.

Aku cuma ingat pesan lecturer aku, "ajar manusia tangkap ikan, bukan bagi dia makan ikan". Supaya, dia boleh hidup sendiri tanpa kita di sisi.

Ke guane nak ajor orang gini ?

1 sumpahan:

lesungpipitsebelah said...

mungkin manusia tersebut sedang usaha dan mencuba. jika tongkat diguna di jalan berbatu dan banyak lekuk, mungkin sukar. kejap masuk lubang, kejap kena gerigi batu. tapi, insya Allah tetap sampai ke tempat dituju. tongkat yang diberi tak akan memukul balik jika gunanya memang untuk membantu.