Thursday, January 3, 2013

Dua kosong satu tiga

First of all, masih tak terlambat kalau nak ucap Selamat Tahun Baru kepada pembaca sekalian (masih ada lagi ke orang nak singgah sini) Hehe :P

Jadi, mungkin idea untuk menulis pun dah makin tepu. Yelah, dah lama tak lontarkan perasaan di sini. Dah lupa macam mana nak keluarkan dalam bentuk tulisan. Apa-apa pun, mari doakan supaya blog ini masih lagi bernyawa walaupun hampir-hampir untuk saya tamatkan riwayatnya. 

Kemungkinan untuk tutup blog itu, saya takkan lakukan sebab sini adalah tempat permainan saya. Walaupun jarang update, tapi saya sayang blog ini. Saya akan cuba untuk rajin-rajinkan diri. Banyak hati nak kena jaga. Jadi saya perlu berhati-hati dalam menulis.

So, macam mana dengan tahun 2012 ? Yang lepas biarkan yang lepas. Jangan dikenang-kenang. Ada orang, 2012 bukan tahun yang terbaik untuk dia hadapi. Patah hati, makan hati, kecewa, result tak memberangsangkan, kena tipu, kena pulau. 

Kekecewaan yang dihadapi itu semua akan menguatkan kita pada masa hadapan. Percayalah cakap saya, 2012 bukan tahun yang terbaik untuk saya. Jujur saya cakap, permulaan untuk tahun baru ini saya menghadapi sedikit tekanan. Rasa lemah, dan tak kuat untuk sambung belajar. Selalu sedih-sedih. Mungkin ini ujian yang Tuhan datangkan pada saya. Mungkin orang yang kenal saya, mereka lihat saya sebagai seorang yang biasa, tapi jauh dari sudut hati, hanya Allah sahaja yang tahu. Selalulah bersangka baik pada Dia.

Moga tahun baru ini yang baik-baik datang pada kalian dan juga saya. 
Salam Tahun baru :)

0 sumpahan: