Tuesday, January 29, 2013

Random update

I
Tahukah anda, tangan yg memberi lebih baik daripada tangan yg menerima?

Apabila kita memberi RM1, tak semestinya Allah kembalikan dalam bentuk RM1 jugak...

Mungkin bila
kita bagi RM1, tiba-tiba kawan nak belanja cendol
kita bagi RM5, tiba-tiba dapat top up free RM10
kita bagi RM10, tiba-tiba kawan nak belanja makan Ayam Penyet
 
Pesan Pak Harfan, "Jadilah orang yang hidup untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya"

Bak kata Anne Frank, "No one has ever bercome poor by giving"

Jadi, teruskanlah untuk beramal jariah.

II
Ingat dua perkara dan lupa dua perkara :
INGAT : baik orang pada kita dan buruk kita pada orang
LUPA : buruk orang pada kita dan baik kita pada orang

III
Susah benar nak husnuzzon pada orang lain. Ya ampun, banyak betul syaitan di sekeliling ini. Shuh shuh, ku seru pergilah kau syaitaaaaaan !!!

IV
Apa yang aku tulis di sini, biarlah habis di sini sahaja. Aku tak tahu nak buat ekspresi muka macam mana bila ada orang tanya di alam realiti, berkenaan dengan penulisan aku di sini. Ada sebab aku tulis 'sesuatu' tu di blog berbanding berbincang 'sesuatu' tu dengan orang.

 

0 sumpahan: