Sunday, January 27, 2013

Rest In Peace, adik William

16 Januari yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak berbangsa Cina di sekitar Putra Heights. Dan dua hari lepas, polis telah mengesahkan kematian kanak-kanak tersebut yang mayatnya dijumpai di Klang.

Kes mendiang adik William ni, polis tak dapat nak klasifikasi sama ada kes jenayah atau tidak, berikutan takde sebarang kecederaan di tubuh mangsa. 

Bila terjadi kes macam ni, semua orang akan salahkan ibu bapa. Ibu bapa ambil sikap sambil lewa lah, ibu bapa tak pantau pergerakan anak-anak lah, macam-macam kena... tapi, ada ke ibu bapa yang tak sayang anak mereka ?

Kes macam ni dah banyak berlaku. Budak kalau hilang, mesti takkan jumpa balik. Kalau jumpa pun, dah tak bernyawa. Tolonglah ambil pengajaran. Mulai hari ini, tolonglah berhati-hati semua. Status di bawah ini aku copy dari fesbuk Farrah Adeeba yang bertarikh 25 Disember 2012

" I received this message earlier today: Please share this. Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk m......embelek-belek daging , dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa. Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta- merta. Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya. Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air , cukur rambut dan tukar pakaiannya -melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan me reka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar!"

Dunia dah tak selamat. Kena selalu ada syak wasangka pada orang yang kita tak kenal. Kita tak nak kes-kes yang berlaku macam arwah adik Nurin Jazlin yang mati dalam keadaan terseksa berlaku lagi. Adik Sharlinie yang sampai ke sudah tak jumpa budak itu. 

Ibu bapa mana yang tak sedih bila anak mereka diperlakukan sebegini rupa. Kanak-kanak hilang, kalau jumpa mayat takpe lagi. Keluarga boleh redha. Tapi, ini kalau tak jumpa-jumpa, Ya Allah, apalah nasib budak itu agaknya.

Kanak-kanak, apalah yang diorang tahu. Dosa pun takde lagi. 
Jagalah anak-anak anda, adik-adik kita, anak saudara anak, cucu-cucu anda. 

Rest In Peace, adik William Yau Zhen Zhong. 
Semoga syurgalah tempat anda.


0 sumpahan: