Sunday, March 17, 2013

Selamat tinggal, mak long

Lewat petang semalam, aku dikejutkan dengan berita pemergian Mak Long. Mak Long jatuh dan tidak sedarkan diri. Aku tak pasti jatuh di mana. Tak sempat nak borak lama dengan ibu. Ibu hanya maklumkan perkara itu sahaja.

Secara tiba-tiba, Mak Long pergi menghadap Ilahi. Allahu

Tak sempat nak jumpa buat kali yang terakhir. 
Tak sempat nak kucup dahi Mak Long. 
Tak sempat nak tengok wajah Mak Long buat kali yang terakhir. 
Hanya doa yang dapat dititipkan sampai ke langit.

Ya Allah, sekejapnya Kau pinjamkan dia pada kami. Belum puas lagi manja-manja aku pada dia. Belum puas lagi aku untuk melihat dia gembira, belum puas lagi untuk menyakat dia. Belum puas.

Kau tempatkanlah dia bersama orang-orang yang beriman. Kau ampunkanlah dosa-dosa dia. Kau temukanlah dia dengan arwah Kak Fiza (anak sulung mak long) di sana.

Al-fatihah

0 sumpahan: