Weeeei, lama gila blog ni tak berupdate. Kesibukan dan kemalasan diri telah melanda. Kadang-kadang bila online terdetik nak menulis di sini, tapi tak tahu nak taip apa pulak. Dusshh!
So, sekarang mungkin agak terlambat kot kalau nak cakap, yang aku sedang berpraktikal sebagai seorang guru. Weehaaa. Semester kali ini merupakan kali pertama, pergi sekolah mengajar. Jadi cikgu betul-betul, selama sebulan, 4 minggu jeeee. (2 minggu dah lepas, lagi 2 minggu je tinggal)
Sekolah yang aku ditugaskan untuk mengajar ni boleh dikatakan agak jauh lah jugak. Hari-hari ulang alik dari hostel ke sekolah. Pergi seawal jam 6.30 pagi, balik sekolah kadang2 pukul 4 petang. Penatnyaaaaa, ya Allah. Tuhan jeee yang tahu.
Badan pun belum boleh terima mandi pagi awal-awal,
pergi sekolah langit pun masih bergelap,
tidur pun dah tak menentu sekarang,
makan pun dah semakin kurang.
Jadi, ini semua boleh dijadikan alasan kenapa aku dah tak update blog. Hihi. Aku akan cuba cerita pengalaman yang menarik semasa di sekolah dalam post akan datang. Dengan karenah anak murid yang pelbagai ragam. InsyaAllah, kalau ada kesempatan.
Jumpa lagi.
Notakaki : Masa tengah praktikal dan busy-busy ni, macam-macam betul dugaan datang. Moga diberi kekuatan. Saya bukan superwoman.
2 sumpahan:
Praktikal adalah salah satu penghambaan moden..haha
Addy,
Yeahhh, setujuuu. Praktikal fasa pertama dah habis. Ada lagi 2 kali ni. Duhh
Post a Comment