Mohon pembaca semua (kalau adalah, hihi :P) untuk doakan penulis yang sedang berperang dengan kertas peperiksaan finals pada minggu ini. Semua paper, direct dari hari isnin sampai hari khamis. Dan semuanya memerlukan daya ingatan yang kuat disebabkan keempat-empat paper tersebut adalah paper membaca. Jadi, mohon kalian doakan agar penulis berjaya menjawab dengan cemerlang dengan warna berterbangan.
Biul tak biul kepala penulis menghafal fakta, itu belakang cerita. Yang penting, dengan adanya doa dari kalian, sekurang-kurangnya dapat melegakan sikit kekusutan di kepala ini.
Dan selepas itu, baru penulis boleh bercuti sakan dengan menghadiri pelbagai jemputan walimah kawan-kawan terdekat.
Sebelum penulis mengundur diri, ingatlah kata-kata pesanan dari penulis bagi engkorang yang hadapi mood yang sama macam penulis ni, "Tak ada manusia pandai atau bodoh. Yang ada rajin atau malas" So engkorang ni dalam kategori yang mana ? Tepuk dada, tanya hati
Tapi kalau penulis, penulis ni takdelah rajin sangat mahupun malas sangat. Sederhana sahaja. Hihi. Good luck okey.
Sampai di sini sahaja.
Sekian,
Pelajar Guru
0 sumpahan:
Post a Comment