Moment selama 4 minggu menjadi seorang guru merupakan satu pengalaman yang sangat sangat bermakna bagi seorang guru pelatih macam aku. Sebelum nak pergi sekolah, punyalah nervous tak terkata.
Boleh ke nak handle budak ni ?
Kena garang sikit ni, kang budak pijak kepala, habis lah.
Budak nak dengar cakap aku ke ni?
Ish, risaunya nak masuk kelas.
Jujur aku cakap, minggu pertama di sekolah, nervous tak terkata. First time nak masuk kelas, menggigil badan. Bukan takut nak berdepan dengan budak, tapi takut pasal benda lain. Dalam kelas, 40 biji mata tumpu pada kita seorang di depan. Nak tak nak, kena kuatkan kaki semua. Tapi alhamdulillah, budak berjaya ditangani. Hihi
Tapi adalah jugak part tergagap sikit. Haha
So far, aku diamanahkan untuk mengajar 5 kelas. Bayangkan satu kelas ada lebih kurang 35 orang budak. Haaa, kalilah dengan 5 kelas. Tak ke haru nak ingat nama budak. Mula-mula susah sikit nak ingat, yelah, budak-budak zaman sekarang pun, nama takleh blaaa. Semua nama nak nama drama-drama tv jeee. Payah jugaklah nak ingat.
Jadi cikgu ni seronok sebenarnya, cuma kena banyak tahan sabar lah. Pernah satu kelas aku masuk hari tu, bila seorang dah tanya soalan, seorang lagi angkat tangan nak tanya jugak soalan yang sama. Lepas tu akan diikuti oleh orang lain jugak dan soalan yang sama jugak. Mereka bersaing untuk tarik perhatian kita. Kena sabarlah.
Btw, aku dah mula rindu dengan anak-anak murid aku. Arghhh. Nakal-nakal mereka pun, sayang jugak sebenarnya. Budak-budak, biasalah nakal tu kan.
Masa pensyarah datang observe, peel budak macam-macam ada. Tapi semua tu pengalaman. Ya, budak merajuk lah, tak nak join aktiviti kumpulan lah, ada pulak tu, kawan usik sampai jatuh kerusi lah, budak masuk kelas lewat lah, macam-macam. Alhamdulillah, semuanya berjaya diatasi. Tak boleh kaget lah, kena cool dan relax. Tegur budak dan suruh dia mintak maaf. Benda tak rancang nak jadi kan.
Tapi, selama 4 minggu menjadi guru ni, penatnyaaaaaa hanya Tuhan je lah yang tahu. Aku bukan orang yang kuat hadapi cabaran. Bukan seorang yang superwoman. Adakalanya, lemah jugak. Tapi, kalau semuanya kita buat ikhlas kerana Allah, insyAllah Tuhan tolong jugak walau payah macam mana pun. Always trust Him.
4 minggu, nampak sekejap tapi hubungan yang dibina dengan anak-anak murid itu sekejap je boleh rapat.
Murid kelas 4 Amanah yang kebarangkalian punya potensi jadi tukang kipas cikgu. Haha
Pengalaman yang cukup bermakna. semoga berjumpa lagi, semua. Peace :)
3 sumpahan:
moga lebih sukses untuk next practikumss.heheh.pasti boleh!:-)
selamat hari guru emma
Post a Comment