Saturday, November 23, 2013

How to built self esteem

Saya ada masalah. Tak reti nak berkomunikasi di khalayak ramai. 
Lagi-lagi bila depan crowd. It's make my body menggeletar satu badan. 
Low self esteem dan tahap confident yang lemah gila.

Saya tahu ini tidak bagus. Kerjaya saya sebagai seorang guru, perlukan seseorang yang mempunyai tahap confident yang tinggi, berkeyakinan, dan berani. Tapi tu lah masalahnya, saya bukan begitu :( 

Adakah saya tersilap pilih bidang?

Perkara ini saya perasan, bila kena back up jadi pengacara majlis masa di sekolah (praktikum kedua hari tu). Padahal back up jee, tapi punyalah cari orang, supaya kalau boleh, tak nak jadi. Suruh lah buat apa pun, hias pentas ke apa-apa je lah. Tapi belakang tabir, saya on

Bila disuruh handle depan dan jadi emcee, saya jadi tak tentu arah dah.

Teruk kan saya?

Tak tahu macam mana nak ubah. Saya selalu jealous dengan orang yang boleh cakap secara spontan sahaja. Tapi, saya tak boleh. 

Adakah ini disebabkan faktor pemakanan, genetik atau cara dibesarkan?

Susahkan jadi saya?
Kadang-kadang saya pun tak suka macam ni.
Tapi apa boleh buat ?

1 sumpahan:

talkwithmykeyboard said...

Kena lebih berani dan yakin. =) Chaiyok!