Wednesday, April 15, 2009

(sambungan) Kekurangan menjadi guru.

Cikgu takut dengan pelajar
Ok. Ini memang dah terbalik habis. Kalu dulu, pelajar yg takut dgn cikgu, tapi sekarang dah lain. Cikgu yg kena takut dengan pelajar. Apa yang pelajar buat, cikgu tak boleh nak masuk campur. Kalau tidak, pelbagai kejadian yang teruk akan terjadi kepada cikgu itu nanti. Budak-budak sekarang sudah terlampau agresif. Pernah dengar ayat-ayat ini, *cikgu dibelasah pelajar*, atau *cikgu serik untuk ke sekolah lagi*. Macam-macam lagi lah sebenarnya. Terlampau banyak kes-kes seperti ini. Senang cakap, budak sekarang ini kira *gangster* kat sekolah. Sampai cikgu pun, dorg nak belasah. So, siapa yg jadi cikgu itu, mesti lah berasa takut dan berdebar-debar saja setiap kali hendak ke sekolah. Ini boleh jadi tension.

Mana kuasa cikgu?
Ini berkait dengan point di atas. Sebagai cikgu, mana kuasa dia untuk mendidik pelajar. Atau pelajar yg mendidik cikgu?. Bila cikgu berasa takut dengan pelajar, cikgu pun tak boleh bersikap tegas terhadap student nya. Ini memperkecilkan kuasa cikgu. Ini membuatkan kuasa cikgu itu menjadi lemah. Satu lagi hal, cikgu tak boleh menjentik budak apatah lagi mendenda budak itu. Tak pasal-pasal nanti, nama cikgu itu naik kepada pihak atasan atau tak pun, keesokannya, nama cikgu tuh, dah kua paper. Jadi, di mana kuasa cikgu?. Tak boleh nak hukum pelajar. Kalau pelajar itu jahat, biarkan saja?. Buat-buat mcm tak nampak. Senang cakap, cikgu itu pejam saja mata.

Penampilan cikgu pun diambil kira
Ok. Point ini khas utk (bdk perempuan dan cikgu perempuan). Yang ini memang tak dapat dinafikan. Budak-budak sekarang ini, tak boleh silap sikit, mesti ada saja yg nak diperbetulkan. Betulkan kepada perkara yg penting, tak apalah jugak. Ini, penampilan cikgu pun nak diperbetulkan. Haihh. Ok, katakan lah, cikgu ini pakaiannya tak matching dengan tudung dan handbag yg dipakainya. Dengan rasa ingin membantu, pelajar ini akan memberitahu cikgu tersebut. Dari situ, mana lah si cikgu itu nak letak muka. Para pelajar pun sibuk nak amik tahu. Tudung senget ke, kasut sebelah lain ke, semuanya lah, mesti ada yg nak ditegur. Kalau mcm ini, bukan ke sekolah, tapi ke pertunjukan fesyen lah pulak.

*ini fakta. Aku benar-benar mendengar perbualan di atas.

Tak boleh tunjuk tabiat buruk (pura-pura sekejap)
Ok. Ini ditujukan khas buat cikgu-cikgu lelaki yang mempunyai tabiat negatif. Contohnya, menghisap rokok dan gemar memakai seluar pendek. Ok, dengar ayat ini, *sebelum nak nasihat org, tgk dulu diri sendiri itu*. Jeng jeng jeng. Ok, cikgu nak larang budak-budak merokok, tapi cikgu pun merokok, mcm mane tuh?. Kompem lah si budak ini, tak nak dengar cakap kan. Ok, bg yg cikgu suka sgt memakai seluar pendek itu, cover-cover lah. Tapi, aku belum pernah tgk lagi kot, ada cikgu yg suka pakai seluar pendek. Tak tahulah zaman akan datang nnt.

*Bg sesiapa yg nak jadi cikgu itu, lebih baik lah kalau mengajar di luar kawasan taman perumahan, supaya budak-budak ini tak kenal. Maksud aku, mengajar di tempat yg berlainan dengan kawasan tempat tinggal. Faham?

Budak malas belajar, cikgu disalahkan pula
Zaman sekarang ini, cikgu pula yg nak kena kejar/mencari budak-budak yg suka ponteng kelas ini. Kalau cikgu buat derk saja, nanti kena soal dengan org atasan. Leceh itu. Jadi, mana-mana budak yg tak suka study ini, jangan lah buat perangai. Korang tak nak belajar pun, yg dapat susahnya, cikgu ok. Kerja cikgu ini, bukan setakat mengajar kat dalam kelas saja, kena cari budak-budak yg *hilang* kat dalam kelas lagi. Kalau dulu, mana ada benda-benda macam ini. Zaman betul-betul dah berubah. Tak gitu?.

*Zaman dah berubah, dunia dah maju*.

*Diri sendiri dah maju ke?*.

Kerjaya cikgu ini, tak glamour lah
Ok, Sebab apa kalau jadi cikgu tak glamour. Yalah, cikgu berurusan dengan budak-budak (pelajar lah). KIra macam budak kecik. Kalau kerjaya lain, berurusan dengan ahli korporat, org terhormat lah, org atasan lah. Kan kan. Lagi satu, mana ada cikgu yg pergi kerja (sekolah lah), pakai *kot* (baju). Kalau ada pun, seminggu sekali saja, time assembly itu kan. Haaaa, jadi nampak macam tak glamour lah. Itu sajaa.

Hari Sabtu pun kena kerja
Ok, bagi yang nak menjadi cikgu itu, hari Sabtu pun kena pergi ke sekolah. Macam-macam aktiviti nak kena uruskan. Kokurikulum lah, kelas tambahan, sukan dan macam-macam lagi. Tapi, bukan setiap hari Sabtu lah. Adalah hari-hari nya nanti. (:

p/s : Ok, ini pendapat aku saja. Kalau kena tuh, betul lah, mana-mana yg tak kena tuh, hanya lah untuk dikongsi bersama ok. Ok ok, cuba bayangkan lah kalau aku jadi cikgu. Bayangkan !.

8 sumpahan:

syam said...

ko akn mnjadi cikgu kesukaan ramai...
cikgu yg baek n comel...
x gitu...
huhuhu...

fazrin said...

tapaya jd ckgu la timah jadi pelajar saje hahaha

AzlaN said...

aku jdik ckgu nnt abes student kat skola nnt..
huahaha!!

nabilah said...

kalu jd ckgu,
baik kt pndalamn..
sume bdk2 blom maju ag..
huhuhuhu

GigiWangi said...

syam,
itu ayat bodek weyh. haha

fazrin.,
aku dah tua pun nak jadi pelajar gak ke? kau nak aku repeat banyak kali ka? haha

AzlaN,
kau kalau jadi cikgu, hancur kott sekolah. hehe. weyh, keje kerajaan, rambut pendek ok. hehe

nabilah,
mmg. aku mmg nak dekat kampung-kampung itu. nak rasa balik kampung sekali. hehe

syam said...

hahaha..
plajar bodek...
cikgu rintik...
huhu..

AzlaN said...

peergh!!
rmbut aku dh pendek kuwt..
huahahaa!!

GigiWangi said...

syam,
mana ada peribahasa tuh. haha

AzlaN,
oh, a'ahh. kau dah potong kan time nak interview hari tuh. hahaha
nak tgk rambut baru weyh. stail artis mane kau tiru?