Saturday, May 9, 2009

Tahniah, anda berjaya ditukarkan ke Matrik N9.

Oh, tajuk aku tuh, dah cukup padat dah. Semuanya cukup lah, cukup terang, cukup jelas, cukup faham lagi. Korang faham tak?

Ya ya. Aku dah tukar tempat matrik dah. Aku dapat kat Negeri Sembilan pulak. Ayah aku yang beriya-iya. Senang katanya, dekat pulak tuh. Maka dengan ini, aku akan belajar di situ.

Oh, tinggal beberapa hari saja lagi, aku duduk dekat rumah ini, macam dah tak percaya jugak, betul ke kan? Aisehh, dah besar aku ni rupanya, ingat kecil lagi. Bukan budak sekolah lagi lah.

Aku masuk matrik tuh, kena ada misi baru. Semuanya baru lah. Semangat baru, kawan baru, girlfriend baru, boyfriend baru, tempat baru, buku baru, dan sebagainya yang baru².

Jadi, aku akan berpuasa lah untuk ber-blog ini untuk beberapa bulan akan datang. Oh, tak jugak, kena tengok keadaan. Kalau aku ada banyak masa yang ter-buang itu, aku akan update lah blog ini ok. Korang mesti nak dengar cerita² terbaru aku kat sana nanti kan? Elehh.
Ok, sabar. Bawak bertenang.

Btw, bila aku pi matrik nanti, macam² rancangan tv aku kena korbankan. Banyak jugak, cerita² yang aku tak dapat tengok lagi. Antaranya, cerita cina polis² itu. Aisehh, aku suka gila tengok cerita ini. Setiap hari Isnin-Jumaat, pukul 6petang, saluran ntv7. So, kepada sesiapa yang ada masa free itu, try lah tengok cerita ini. Rugi lah kalau tak tengok.

Lagi satu, matrik kat N9 itu, memang tak dinafikan banyak budak Gombak. Aisehh. Tak dapat aku nak tukar identiti baru. Ingat kalau dah keluar dari Gombak ini, boleh menyamar jadi sesiapa kejap. Nampak gayanya, terbantut lah misi aku kali ini.

Ok, aku pun terfikir jugak nak orang panggil aku guna nama baru. Aku nak orang panggil aku Fatty. Ok kan, baru nampak macam brutal sikit.

Ok dah, itu saja aku nak tulis. Korang doakan aku ok. Aku tak nak ada kes buli² ini. Siapa buli aku, memang salah orang lah. Aku ada tae kwan do. Jangan tak percaya.


p/s : Korang jangan rindu² kan aku ok. Aku rasa geli nanti. Kalau sesiapa free² itu, marilah jenguk aku. Bawak makanan sekali ok.

4 sumpahan:

AzLaN said...

peergh!!
weh!!
cmner kaw leh kne tuka?
cmner nk taw?
cmner nk wat cmtu??

keropok lekor said...

akhir nyer n9 gak jd pilihan...hahhaha

GigiWangi said...

AzLaN,
Ok. sabar² macam mane? senang saja lah. HAHA. aku tak suap orang eh. hehe.

keropok lekor,
ya. Akhirnya!. Haiyaa.

haz|rah said...

ko yg rindu ak nnt..