Friday, February 5, 2010

Entri terlambat untuk bufday

Sejak kebelakangan ini, aku makin malas nak update blog. Bila aku rasa aku ada mood, aku tulis lah. Tapi, mood itu jarang nak datang. Kepada readers semua (kalau adalah) yang nak lari ke blog lain, silakan. Aku tak ada kuasa nak paksa kamu baca blog aku. Blog aku ini, bukan-nya best sangat pun.

Berbalik kepada tajuk entri. Eh eh bufday gigi wangi lah. Ya, bufday aku, seminggu yang lalu. Tak ada yang special. Biasa saja, tapi ada surprise wish. Macam haram je wish balik bedak. Thanks to Sha, Muni, dan semua yang duduk satu aras dengan aku. Wish bufday punya lah kuat, nak bagi gegar satu blog apa dorg ini. Buat malu je. Aku lah yang malu.

Terharu aku sebenarnya.

Bergenang lah jugak tapi tak ada lah sampai menitis air mata itu.

Haihh. Umur bertambah lagi.

Ada apa pada angka, kan?

*****

Untuk tahun ini, memang hidup aku dalam kesempitan. Elaun dah lah disekat-sekat. Kerajaan dah tak ada duit dah. Dari segi pendidikan, memang kurang budget. Segala macam aktiviti institut, disekat atau dengan kata lain, guna duit sendiri kalau nak buat aktiviti. Tanggung sendiri okey.

Nasib baik aku ini jenis yang pandai berjimat. Adalah juga duit yang secara tak sengaja jumpa dalam almari aku itu. Nak minta bantuan FaMa (father mother) Loan, malu lah. Apa barang, budak dah habis sekolah minta lagi duit dengan mak bapak. Mana nak letak muka ni, tahu?

NotaKaki: Kepada anda² yang wish bufday aku, terima kasih aku ucapkan. Terima kasih kerana mengingati, buat susah² saja lah. Especially kepada classmate aku. Tapi, bufday kamu semua belum tentu aku ingat. Errr...

2 sumpahan:

sahdam said...

timah...sory..aku lupa bufday ko..tapi aku raasa tak terlambat kan klo aku wish skang??happy bufday makcik...ko dah tua dah timah...blaeh jadi mak ornag dah..hahhaha

GigiWangi said...

sahdam,
HAHA. Tua-tua jangan sebut weyh. Sudah matang lah. Huhu. Mak orang? Lama lagi.