Tuesday, February 16, 2010

Macam-macam

Manusia ini ada macam² peel. Macam² ragam. Semua ada peel yang tersendiri. Daripada yang mengada-ngada, lembap, sombong, berlagak, kaya, miskin, baik hati, selfish, kutuk-mengutuk. Itu semua peel individu. Nak tak nak, aku kena juga berdepan dengan orang macam ini.

Takkan lah aku nak hidup sorang² pulak, kan.

Dan hari ini, aku kena berdepan dengan orang yang pentingkan diri sendiri.

Pagi tadi, aku ke Mydin di Masjid Jamek. Mydin ini, kalau tak ramai orang, memang tak sah. Memang sentiasa penuh. Kena faham. Sebenarnya, motif sebenarnya bukan nak ke Mydin. Ayah aku nak beli barang dekat kl. Dah alang² lalu situ, singgah lah Mydin. Beli barang abang dan adik aku yang nak pulang ke hostel petang nanti.

Bila dah pilih macam² barang, seperti biasa, nak bayar lah kan. Pergi cashier. Beratur punyalah panjang. Kena faham. Mydin memang sentiasa ramai pelanggan. Trademark Mydin, 'mengapa bayar lebih? Belilah dengan harga borong!'

Jadi, orang² yang beli dekat Mydin itu semua beli secara borong. Kebanyakannya.

Aku rasa, aku beratur nak bayar pun tunggu selama 2jam. Memang lenguh kaki. Ayah aku awal² dah bagi duit siap² dan dia tunggu di luar. Orang tua kan. Hehe

Orang depan aku ini, banyak sangat barang dia. Beli sabun banyak. Memang tak terkira banyak-nya. Okey, mungkin badan dia sangat ber-bau. Mungkin. Atau pun, dia nak jual sabun. Nak derma sabun, boleh jadi jugak.

Nak tunggu semua barang scan, tiit tiit satu hal nak tunggu. Nak tunggu cashier itu kira duit, satu hal lagi.

Kira duit tahu tak. Jumlah perbelanjaan orang itu, RM 615.40. Orang yang beli sabun tuh bayar guna duit RM1. Gilaaaa ! Dah lah jumlah harga beratus-ratus, bayar guna rm1. Macam mana tak lama.

Memang betul² selfish. Aku ni nasib baik mulut tak jahat. Ada orang belakang aku, sound direct punya. Belakang aku ini makcik. Makcik ini cakap, 'baik bagi syiling terus'.

Orang yang beli sabun ni buat² tak dengar. Dalam hati dia, mungki dia cakap 'makcik ni cakap sorang kott'. Atau 'suka hati aku lah'.



Kesimpulan-nya, guna lah kad kredit. Lebih pantas. Tak menyusah kan orang lain. dan jangan jadi selfish. Kesian dekat aku. 2jam tunggu, tahu tak?

4 sumpahan:

nadeshiko. said...

bapak seyhh! lame giler ko tunggu! aku rase kan, 2 jam tuu boleh hbis aku tgk wayang seyh!

budak matang said...

nadeshiko,
Haihh. 2jam itu, macam² boleh buat weyh. Makan, shopping, jalan². Aku rasa, kalau jalan kaki pun dah sampai umah. Hehe

:)

a z i m said...

duh,kesian,2 jam tu kalau tido best kot.haha,kesian aisha.HAHA

GigiWangi said...

a z i m,
kesian kat aisha buat apa. Dia muda lagi lah. kat akak ni yg patut-nya kesian. hehe