Wednesday, November 3, 2010

Senior aku time sekolah

Tadi aku buka mukabuku. Hari ni ada masa lebih sikit, so aku gatal tangan nak belek² page yang aku join. Aku baru teringat nak buka page ex-school aku dulu.... Nak wish budak² yang akan ambik spm ah kunun²nya.

Belek punya belek, macam² komen aku jumpa, and korang tahu, apa entah nak jadi budak² junior perempuan sekolah aku ni. Sampai masuk dalam ohtidak.com... Pehh, kalau yang baik takpe lah jugak, ni yang tak elok. Choy, buat malu jeeeee.. Senior² yang lain, rasa annoying gila dengan budak² ni. Aku pon rasa annoying kot. Yalahh, budak baru nak up, jenis apa entah dorg buat, tak fikir.

Bukan itu yang aku nak cerita, aku macam tergamam bila aku scrool bawah lagi. Aku tengok ada post yang mengatakan seorang senior, tua setahun dari aku (lelaki) baru meninggal dunia. 5bulan lepas. Peh, tersentap kott. Aku kenal dia, and aku memang tak tahu pon pasal kematian dia and hari ni baru tahu. Aku macam, "eh, serius ke?"...

Cepat je dia dah tak ada. Aku nak tahu pasai apa punca kematian, aku masuk² page member² dia.. Dia meninggal pasai denggi berdarah. Sedih, aku macam betul² tak percaya. Err, memang lah aku tak berapa nak kenal arwah, tapi dulu time sekolah, aku lihat arwah seorang yang aktif, bijak. Setakat yang aku kenal, arwah belum pernah buat hal. Ini blog kakak arwah. (klik)

Tapi, itu lah, ajal dia sampai dulu. Semoga dia tenang di sana. Kita yang masih hidup ni, kena teruskan dan ingatlah untuk berbakti kepada Yang Maha Esa.

Memetik kata² Al-Fadhil Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man :

“Mati itu tiada syarat sakit,tiada syarat sihat,tiada syarat muda, dan tiada syarat tua”

Syaratnya AJAL.
Al-fatihah.
Alif Lye
(9 Mac 1990- Jun 2010)

4 sumpahan:

Bijen M. said...

Bro!
Kita pun tak lama dah.
Esok lusa belum tentu ada.
:D

GigiWangi said...

bijen M,
Thanks beb, mati memang tatau bila, tapi bersediakah kita? hoho

Lyn Sery said...

spnjg 2010 ni aku dah dgr cite ramai yg jd arwah
al-Fatihah~

GigiWangi said...

Lyn Sery,
Mungkin sebagai ingatan untuk kau dan jugak orang lain. :)