Sunday, December 19, 2010

Emosi

Tahun 2010 ni kemain banyak lagi kes pasal simbah asid. Apa nak jadi pun aku tak tahu lah masyarakat zaman sekarang. Serious buat benda ni tak pakai otak. Kot ya pun, fikirlah apa yang akan jadi.

Kes ayah simbah asid dekat anak (aku tak ingat benda ni berlaku bulan berapa). Anak kandung pulak tuh. Kalau anak tiri, boleh terima lagi. Ni darah daging kau kot. Budak tuh pulak baru sekolah rendah. Kot ya pun, marahkan mak, ter-simbah asid dekat anak, kan dah naya. Macam mana budak tuh nak membesar, nak ke sekolah semua. Fikir ke tak woi? Macam mana dia nak berdepan dengan masyarakat?

Lepas tuh kes terbaru, hari Khamis lepas. Dekat Johor kalau tak silap. Bf baling asid dekat bekas teman wanita. Apa ni? Budak perempuan tuh baru 17 tahun, SPM pun entah lepas ke tidak. Yang lelaki pulak, 40++. Haih. Dalam hal ni, aku rasa, dua-dua individu bersalah lah kot. Yang perempuan itu layan yang si lelaki, dengar cerita, lelaki tuh dah perhabis duit banyak. Lepas tuh tup tup perempuan tuh tak suka. Erk, satu je aku nak cakap, umur kau (lelaki) dengan perempuan tuh macam bapak dengan anak okey. Lepas tuh bila perempuan tuh tak suka, yang lelaki makan hati. Simbah asid, kena tikam bertubi-tubi pulak tuh. Haish.

Macam² kes sekarang woi. Darah daging sendiri pun nak cederakan.

Aku harap 2011 tak dengar lagi kes yang macam ni. Ini semua boleh jadi pengajaran sahaja. Betapa nafsu amarah, boleh menyebabkan manusia hilang akal.


p/s: Senior maktab aku baru meninggal semalam. Sama²lah sedekahkah Al-fatihah.

p/s 2: Hari ni tabung surau area rumah aku kena pecah. Dahsyat wo.

4 sumpahan:

Bijen M. said...

Nak dekat hujung tahun syaitan kena lipat gandakan usaha.
Nak buat laporan tahunan.

[ a D D y ] said...

selagi sistem kewangan kita sebegini, selagi itu berbagai masalah sosial seperti ini akan berlaku

GigiWangi said...

Bijen M,
haha. jawapan hang boleh tahan menarik. 7markah untuk hang.

haikal,
masalah sosial memang menjadi-jadi weh. dahsyat pulak tuh. huhu.

Bijen M. said...

Terima kasih!