Thursday, January 13, 2011

Don't believe it

Bila kawan-kawan cakap dekat aku, "weh, kurus ah sekarang" aku jenis tak ambil peduli sangat, sebab kawan-kawan ni kadang-kadang jenis suka cakap terbalik (perli). Lagi-lagi budak classmates aku. Jadi, kadang-kadang aku tak boleh nak detect, dia ni perli aku ke atau memang cakap betul-betul.

Contoh macam kawan aku ni, dia tulis status dekat fesbuk,
"Line internet memang LAJU"

Kalau macam ni aku faham lah, dah sah-sah dia memang perli.. siap pakai caps lock lagi, dah tu, kalau dia cakap dengan aku, aku ni kurus, tang mana nya nak caps lock woi.

Kan senang, kalau cakap terus, tak payah menyusahkan aku nak belok kanan ke kiri.

Tapi hari ni special sikit, sebab ada orang cakap aku kurus. Bukan budak classmates aku, tapi pekerja kafe (mamat bangla). Aku tak tahu lah kalau mamat ni baru nak belajar cakap Melayu ke apa ke kan. Tapi dia macam bersungguh-sungguh, yang kawan aku kat sebelah pulak jeling jeeeeee.

Jadi, kesimpulan dekat sini, aku rasa aku memang DAH KURUS. Terima kasih kerana membuatkan hari aku berseri-seri. Apa yang budak classmates aku cakap tuh, memang betul lah agaknya, cuma aku susah nak percaya sikit.



Notakaki: Aku tak bayar pun mamat tuh suruh cakap macam tuh dekat aku. Okey dah, salah satu azam 2011 aku dah tercapai. Yuhuuuuuuu!

10 sumpahan:

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

nk gelak bole x??hahaha

[ a D D y h A I K A L ] said...

camne nak kurus?

[ a D D y h A I K A L ] said...

camne nak kurus?

Bijen M. said...

Weh.
Kuruslah kau.
Telan Jus Matte 5 ke?

Izmir Fadzil said...

kau da kena guna2 mat bangla ni~

GigiWangi said...

Kak Wan,
silakan! :)

[a D D y h A I K A L ],
kurangkan tidur. Cuba ah try. Hehe

Bijen M,
Tak telan apa2 okey. haha
weh, kurus kurus!

Izmir Fadzil,
Banyaklah kau!

KRa said...

ko ni amik dadah ni.. takpn mamat bangla tu mata tweng... lalalalala~~

*dr khairah yg xjeles ko kurus*

GigiWangi said...

KRa,
haha, jangan jeles2 weh. Lama kot nak tunggu orang cakap macam ni kat aku. haha

panadol lagi said...

HAHAHAHAHHAHAHAA
kurus dohh

GigiWangi said...

panadol lagi,
:)