Friday, January 14, 2011

Nota untuk sahabat

Ke hadapan sahabatku, Ummirul Syahirah


Assalammualaikum. Macam mana keadaan hari ini? Aku lihat kau masih dalam keadaan yang sama. Belum ada apa-apa tanda perubahan lagi. Sudah lama rasanya kau tidur (koma). Nak dekat seminggu jugak lah. Mungkin kau penat agaknya. Takpe lah, berehatlah cukup-cukup dahulu. Tapi, kau harus ingat, bila kau sudah ada kekuatan nanti, kau harus bangkit. Ramai yang menanti kau di sini wahai sahabatku.

Siang tadi, aku pergi menjengah kau di hospital. Mesti kau tak sedar kan. Takpe, at least kau harus tahu, ramai yang ambil berat mengenai diri kau. Ummi, bila aku lihat keadaan kau siang tadi, hati aku pilu sangat. Kau lain. Lain sangat. Aku hampir tak mengenali kau. Kau tahu, tadi mak guard tuh jerit dekat aku, sebab aku pergi silap katil. Mula-mula aku tak percaya itu kau. Tapi bila aku tengok nama kau tertera dekat papan itu, baru aku percaya. Wajah kau tak sama macam dulu. Muka kau dah bengkak sangat sangat. Banyak wayar dekat badan kau, banyak lebam dekat badan kau. Ya Allah, pasti sakit kan. Tadi aku ada bisik sesuatu dekat telinga kau, kau dengar tak? Tak kisah lah kau dengar ke tak, tapi aku nak kau tahu, semua orang tengah tunggu kau.

Ummi, tadi aku ketemu dengan mak kau. Mak kau sedih sangat, tapi dia cuba buat-buat cool. Siapa yang tak sedih, bila tengok anak sendiri terbaring di atas katil dan dikelilingi wayar. Mula-mula aku nak berlagak cool, tapi kau tahu, hati aku pedih, bila lihat kau terbaring macam itu. Sakit yang kau rasa itu, aku tak tahu macam mana rasanya.

Ummi, berat sungguh dugaan yang Tuhan bagi dekat kau dan family. Entah macam mana agaknya giliran aku pulak nanti. Kalaulah Tuhan pilih aku untuk berada dekat tempat kau sekarang, memang aku tak kuat. Aku tak boleh lalui semua ini. Kau kuat, Ummi. Kami di sini hari-hari buat solat hajat untuk kau. Supaya Tuhan permudahkan urusan kau. Ummi, tadi ada kakak-kakak senior datang menjengah kau. Mereka semua tak kenal kau, tapi mereka datang jugak, nak bagi semangat dekat kau. Kau boleh!

Ummi, aku ingat lagi bila giliran kau kena present dekat depan kelas. Kau malu-malu tapi kau tak tunjuk itu semua. Kau cool saja. Tak macam aku, menggelabah habis. Mungkin kita jarang bersembang, tapi aku tahu, hati kau baik.

Ummi, aku cerita perihal kau dekat mak aku. Kau tahu, belum habis cerita lagi, mutiara jernih aku jatuh berguguran. Sebak rasanya bila nak cerita keadaan kau dekat sesiapa.

Aku tak tahu macam mana nak bantu kau melainkan doa yang aku panjatkan kepada Ilahi. Semoga kau tabah menghadapi saat-saat genting ini. Sesungguhnya, Allah itu menguji seseorang hambanya untuk mengetahui sama ada mereka itu beriman atau tidak. Bersabarlah, sahabatku.


Yang benar,
sahabat yang merinduimu

10 sumpahan:

panadol lagi said...

sedih.sedih. :(
Ummi,bangun lah.

ShAwN said...

sedihnye...semoge die cepat sedar dan sembuh...

aku penah tngok sepupu aku ex-cident..mungkin lebih teruk drp yg ummi alami...tapi aku dpt bygkn bdn yg penuh selirat dgn wayar...muke lebam2...sedih...mmg sedih...

kite hnye mmpu berdoa je skrg ni...semoge die kuat...amiinn...

Izmir Fadzil said...

teruskan berdoa untuk sahabat kita

aLoNg.... said...

semoga ummi cepat sedar dan sehat kembali..

nabilah said...

kesian kt dia,cuma doa shja yang dapt bntu dia.. tmah!! ko jgn nangis plk.. ko kna kuat agar kwn ko dpt rse yg korang perlukan dirinya..

GigiWangi said...

panadol lagi,
:'(

ShAwN,
Oh, macam mana cousin kau sekarang? sihat tak? Aku jarang tgk orang sakit, bila tgk Ummi ni, lain macam sikit rasanya. Amin!

Izmir Fadzil,
Sama-sama doakan

aLoNg,
Thank you. Amin!

nabilah,
Sorry nab, aku tak kuat. Bila aku fikir balik pasal family dia, sedih semacam je. :'(

ciktipah said...

semoga dia tabah. serius weh ak sampai nak terduduk bola tengok dya. rsa macam nak meraung je. tapi ak tawu dya sangat kuat orangnya. sebab AlLAh takkan uji hambanya kalau dya tahu hambanya tuh tak mampu.

GigiWangi said...

ciktipah,
Yup. Mungkin Allah nak hadiahkan sesuatu yang terbaik untuk dia nanti. Dia tak satu maktab dengan kita lagi, sedih gila weh! :'(

ShAwN said...

kazen aku sihat dah...just kene take time la...bnde ni takkn dtg serta merta...die sepatutnye dh habis sekolah..tp delay 1 year...sebb excident tu la...

xper..doa je..mudh2an Allah permudhkn die...

GigiWangi said...

ShAwN,
Oh, cousin kau kecik lagi? Peh, semoga dia kuat. A ah. Benda ni nak pulih makan masa. Ummi kena kuat je lah. Huhu. Amin!