Sunday, January 16, 2011

First Impression

Aku memang tak cukup confident bila keluar sorang-sorang. Nak keluar sorang-sorang dari rumah nak ke bus stop pun, nak kena fikir 2 3 kali jugak lah. Kadang-kadang, aku jealous jugak, bila tengok kawan-kawan aku pergi sana sini sorang-sorang. Tak cukup berani ke aku?

Aku memang ada perangai yang tak elok untuk dicontohi. Aku cepat fikir negatif dekat orang. First impression. Gila saiko. Aku memang daripada dulu lagi, suka judge orang berdasarkan fizikal dia. Bila fikir balik, hodoh gila perangai aku.

Tapi, kadang-kadang tak salah jugak bila fikir macam ni sebenarnya. Dunia sekarang, kau tak boleh nak predict manusia itu baik atau jahat. Orang yang baik tak akan cakap yang dia baik. Orang yang jahat tak akan mengaku yang dia jahat. Yer dak? Rambut je sama hitam, tapi hati lain-lain, beb. Dan aku rasa, peribahasa ini langsung tak boleh pakai zaman sekarang. Sekarang, kalau kau tengok, macam-macam warna rambut ada, kau nak coklat, merah, oren, biru... semua ada.

Aku selalu pesan dekat kawan aku, bila dia travel sorang-sorang balik rumah, "Nanti kalau ada orang yang senyum dekat kau, pandang-pandang kau, kenyit-kenyit mata dekat kau, kau jangan ingat dia nak mengorat kau. Ada benda lah tu dia nak buat. Dia nak rompak kau ke, mana tahu kan".

Kawan aku angguk je. Bila pesan stail macam ni, terasa emak-emak pun ada jugak. Tapi itulah hakikatnya. Dunia dekat luar sana itu, kita tak tahu macam mana pun. Hari-hari keluar paper pasal kes jenayah. Benda-benda macam ni buat aku takut. Seriously.

Orang yang nampak baik dekat luar, tak semestinya dalaman dia baik jugak dan orang yang nampak jahat dekat luar, tak semestinya dalaman dia jahat jugak. Mana-mana orang pun, akan judge dari segi luaran. Dari segi pakaian kau terutamanya.

Bila aku sorang-sorang dekat luar, aku tak akan cakap dengan strangers. Tanyalah aku, jalan nak pergi klcc, dekat mana balai polis, macam mana nak pergi tempat ini itu.. aku akan berlakon buat-buat pekak atau bisu. Itu bila aku jalan sorang-sorang. Saiko kan.

Bila aku sorang-sorang dekat luar, aku akan buat muka yang aku berani gila. Padahal dalam hati kemain takut ni. Tapi, luaran mesti tunjuk muka garang. Supaya bila orang tengok, takde lah nampak muka aku ni senang sangat nak kena tipu.

Ada satu cerita yang tak boleh blaaa masa aku kecik-kecik dulu. Dulu time aku kecik-kecik, culik budak-budak ni kira tengah hangat. Hari-hari keluar paper, akan ada budak hilang, nak jadikan cerita, suatu hari ayah aku ambil lambat dari sekolah agama, tinggallah aku dan abang aku jeeeee. Budak-budak lain semua dah balik. Kira lengang lah. Dari jauh boleh nampak aku dan abang aku je yang tinggal. Kesian gila.

Abang aku ni pulak stail tak nak duduk dekat-dekat dengan aku. Kira macho lah. Abang lah katakan. Dia duduk bawah pokok, dan aku duduk dalam kawasan sekolah, dekat-dekat dengan masjid. Lepas tuh, ada seorang mamat ni... tiba-tiba datang meluru ke arah aku. Aku terkejut dan aku jerit panggil abang aku. Abang aku pun kaget jugak masa tu. Aku pulak berlari ke arah abang aku, dan aku ingat mamat tu nak culik aku.. sebab mamat tu berlari okey. Suspens sungguh waktu itu. Dan rupa-rupanya mamat tu berlari sebab nak pergi toilet. Serious damn!

Buat malu aku jeee. Lepas tu abang aku boleh pulak gelak sakan. Menyampah gila!. Ini pun salah satu first impression. Mana lah aku tahu, dia sakit perut sangat-sangat kan. Haha.

10 sumpahan:

ciktipah said...

haha.
kene batang hidung ak kot.
ko mang dah macam mak2 dah kalu bab2 cam gini kan????
tentang pesanan ko tuh, ak mang selalu simpan dalam KEPALA lutut aku. haha.

Cikgu Izmir said...

kau kena tengok orang dari pelbagai perspektif..baru lah hidup disenangi

GigiWangi said...

ciktipah,
Weh, ingat pesanan aku sampai bila-bila. Kau tuh dah lah jenis care less. Huh! Simpan dalam kepala lutut? simpan dalam kepala otak lah weh. Ciss!

Izmir Fadzil,
Haha. Aku tgh cuba ni. Sekarang ni, susah nak kenal manusia. Mana yang malaikat, mana yang syaitan? Hurmmm!

Cikgu Izmir said...

where,kalau nak buat perbandingan terus mmg susah.

Anonymous said...

masalahnya aku ne mang jenis CARELESS. haha. bab first impression tuh aku mang ala ala kau lah. suka sangat tengok orang then judge cam tu je. pas tu baru aku sedar yang aku tak bole buat macam tuh. nobody perfect bro!.

pasal ko punye pesanan, jangan risau aku da rakam masuk iphone aku. haha

GigiWangi said...

Izmir Fadzil,
Terima kasih kerana kau panggil aku 'where'. Haha. Maksud kau macam mana tuh? Mestilah kena buat perbandingan. Kalau nak kena kenal hati manusia dulu, memerlukan masa yang sangat sangat panjang.

Anonymous,
Aikk, tukar nama pulak dah. Weh, ada iphone? Fuhyooooooo! Yalah, aku kena ubah cara lihat manusia! Thank you :)

Fuz said...

tapi kadang-kadang jalan sorang-sorang pun best apa. sunyi. tenteram.haha

GigiWangi said...

PKH,
kadang-kadang lah

ShAwN said...

muke kau mmg garang doe...seram aku...hahaha

GigiWangi said...

ShAwN,
Haha. Garang ke? Okey, lepas ni aku lebihkan senyum. Haha