Monday, January 10, 2011

Sad

Sedang semua orang sibuk menonton AJL malam semalam, budak satu batch dengan aku (pernah jadi rakan sekuliah masa aku sem satu dan tiga foundation dulu) accident. Semua orang leka, semua orang bergembira pasal AJL, semua orang berseronok (termasuk aku), semua orang menjerit-jerit tengok artis masing² masa siaran langsung itu, tapi hakikatnya, kawan aku itu tengah bertarung untuk hidup. Sadis!

Berita ini aku baru tahu pagi tadi masa tengah kuliah. Meremang bulu roma aku. Aku memang macam ni, jenis kalau orang accident, kematian, apa² benda mengejut, memang aku menggigil dan terus tiba² aku fikir macam² yang tak masuk akal. Aku memang lembik. Aku fikir, kalaulah aku berada dekat tempat dia.

Dengar cerita, kawan aku ini nak balik ke maktab (dari rumah dia ke Penang). Biasalah cuti hujung minggu, mana² yang rumah dekat, confirm nak balik rumah punya kan. Sama lah macam kes kawan aku ini. Jadi semalam, ayah dia nak hantar dia balik ke sini (menaiki motosikal kalau tak silap aku). Benda buruk, tak siapa boleh tahu, accident berlaku, dan ayah dia meninggal.... dan dia koma sekarang. Boleh bayang tak macam mana teruknya accident itu? Aku tiba² jadi sayu semacam. Dahlah dia anak sulung. Lagi bertambah-tambah sedih mak dia. Semua orang dekat sini terkejut, tak siapa sangka benda ni berlaku. Aku sampai sekarang pun terkejut lagi, dan cuba nak ingat wajah dia macam mana. Macam mana nak cakap dengan dia yang ayah dia dah meninggal? Sedih lah.

Kuliah baru start seminggu, tapi benda² macam ni dah berlaku. Kesian dia. Tapi aku tahu dia kuat, sebab tu Allah pilih dia untuk hadapi ujian ini. Bila jadi benda² macam ni, aku cuba letak diri aku dekat tempat dia. Aku jadi takut semacam. Sebelum ni siap bersembang dengan dia, tapi sekejap je Tuhan nak tunjuk. Aku bukan bagus, aku tak perfect, aku banyak dosa, aku banyak silap, banyak tompok hitam dalam diri aku... masih banyak yang perlu aku perbaiki, tapi mungkin ini salah satu cara Tuhan nak tunjuk dekat aku. Siapa tahu kan?

Aku yang bukan classmates dia pun sedih sangat², apatah lagi classmates dia.

Aku harap kawan aku, Ummirul Syahirah.. semoga cepat sedar. Tolong doakan dia. Al-fatihah untuk arwah ayah dia.

7 sumpahan:

Peminat Katie Holmes said...

touched. Al-fatihah.

Izmir Fadzil said...

alfatihah.takziah tuk keluarganya

GigiWangi said...

PKH dan Izmir,
Thank you. Sama-sama doakan. Tuhan yang tentukan segalanya.

kra said...

sori nk buat pesanan penaja ka sini.

http://gigiwangi.blogspot.com/2010/11/truly-great-friends-are-hard-to-find.html


post ni ade kena mengena ngn org yg ak knl ke.?

GigiWangi said...

kra,
hard to say. Kau kenal dia. :'(
Oh, jangan cakap dia carik kau pulak weh

KRa said...

bling2!.. 10 markah untuk anda. tepat skali...

sblm apa2 ak nk gelak setan ka sini blh x.? ble masanya pula bday ak.?

GigiWangi said...

KRa,
eh ya ke? laaa, no kau dia still simpan eh? aku takde num kau lah, nak weh.

ohhhhhhhhhh, bukan bufday kau? hahahhahahahahahhaaha. sorry, bufday orang aku mmg tak ingat langsung. :)
*jgn marah weh