Tuesday, February 8, 2011

Ayat Tipikal

Antara ayat tipikal yang aku selalu gunakan dalam hidup seharian.

Selalunya, bila aku tengah gelabah, terkantoi, atau apa-apa keadaan sekalipun yang menyebabkan aku ditimpa kesusahan, ayat tipikal yang akan aku gunakan ialah, "Habislah, matilah aku macam ini!".

Sebenarnya aku tak sedar pun yang aku boleh cakap macam ni, mulut aku tiba-tiba terkeluar ayat sebegini tanpa disedari. Dan, benda ni berlanjutan dari aku sekolah sampai sekarang. Memang tak sedar langsung, selagi takde orang yang tegur.

Kawan aku cakap, "Haaa, cakaplah macam tu lagi, cukup 40 kali, matilah kau betul-betul".

Tergamam aku dibuatnya.

Bila dah kena sound direct macam itu, setiap kali aku mengalami situasi cemas, aku cuba untuk control mulut aku.


Agaknya dah berapa kali aku cakap perkataan itu eh? Haish.

***

Satu lagi ayat biasa yang budak-budak muda zaman sekarang duk sebut sebut.

"No hal lah". Aku pun biasa guna.

Tapi, bila dah kena sound setepek jugak, tak pasal-pasal aku pun kena ubah jugak. Perkataan "no hal lah" if didekatkan akan menjadi "nohallah"... so, lebih baik guna perkataan "no problem lah" sebab if didekatkan, tak membawa makna apa-apa.

Okey faham?






Aku kena biasakan mulut aku supaya tak sebut benda-benda lagha macam ni. :)

4 sumpahan:

Lyn Sery said...

Gosh.
aku pun sama mcm kau.

Peminat Katie Holmes said...

habislah, mati la kau.
dah cukup belum 40 kali?

Bijen M. said...

Meh aku bagi kau tips.
Tetiap hari lepas Subuh gagahkan diri baca Subhanallah walhamdulillah walailahailallah wallahuakhbar 100x.
Selawat 100x.
Istighfar 100x.
Kalau tak mampu buat 33, 33, 33.
Buatlah dalam seminggu dua.
Lepas ni kau tersepak batu pun kau akan cakap Allahuakhbar.
Tak caya cubalah.

GigiWangi said...

Lyn Sery,
Kan?

Okey gimme five. Heee

PKH,
Aku harap belum cukup lah. Heee

Bijen M,
Ohh insyaAllah. Terima kasih ! :)