Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Dulu, aku sama macam korang semua yang tak jadikan Rasulullah (s.a.w) sebagai ikon utama. Mungkin masa tu tak nampak lagi idola yang betul-betul idola.

Tapi itu dulu, kira aku tak berapa nak matang lagi.

Sebab dulu, masa Maulidur Rasul, adalah cuti umum. Jadi, aku hanya berehat cuti duduk di rumah sama macam cuti Sabtu dan Ahad. Cuti sempena Maulidur Rasul adalah cuti yang sama aku nanti-nantikan macam cuti Hari Kemerdekaan, Hari wilayah dan sebagainya. Tak rasa perbezaan langsung, antara cuti sempena Maulidur Rasul dan cuti umum yang lain. Hari-hari adalah hari yang sama.

Tapi sekarang lain, kira kau dah besar. Dah boleh fikir yang mana buruk dan yang mana baik. Makin banyak kau membaca, makin banyak lagi ilmu yang rupa-rupanya banyak lagi kau tak cover.

Tapi, sejak kebelakangan ini, aku dapat rasakan kelainan. Lain lah. Dapatlah nampak perbezaan di situ. Cuti sempena Maulidur Rasul dan cuti yang lain. Syukur !

Dekat bawah ni ada video yang memang menyentuh perasaan. Sifat peribadi Rasulullah (s.a.w) yang mungkin takde lagi dalam diri setiap orang antara kita.


Masih adakah lagi orang yang bila dia buat jahat dekat kita, kita tak balas?
Masih adakah lagi orang yang menolong binatang bila ia kesakitan?
Masih adakah lagi orang yang mendahului keperluan orang lain melainkan diri dia sendiri?

Ada lagi ke?







Salam Maulidur Rasul everybody :))

6 sumpahan:

Cikgu Izmir said...

salam maulidur rasul.
maaf lama tak singgah.urusan dunia menyulitkan aku untuk menjengah ke laman sesawang ini.

aminaim said...

hebat video tu,
sunnguh mulia peribadi baginda!
syukran

GigiWangi said...

Izmir Fadzil,
Wah. Ni mesti kes nak siapkan ISL ni. Mesti semua subjek kau dah siap kan. Haha.

Salam Maulidur Rasul. Sama-sama hidupkan sunnah Nabi Muhd (s.a.w).

aminaim,
Sangat sangat hebat. Memang memberi kesan dalam diri. Boleh menitis air mata.

Sama-sama (aku tak reti nak cakap sama-sama dalam Arab). Hehe :)

Fuz said...

bila orang buat jahat kat aku
aku cakap p mampuih kat hang.haha

takde malas nak balas.

Bijen M. said...

Ada kot.
Ce cari, ce cari.

GigiWangi said...

PKH,
Haha, okey lah. Kau baik sikit dari aku. Kalau aku, bila ada peluang depan mata nak bantai dia, memang aku bantai lah. Sebab peluang tak datang selalu. So, depends pada peluang itu. Hehe.

Bijen M,
Maybe ada, tapi satu dalam sejuta. Yer dak? Ke macam mana? Ce citer, ce citer.