Sunday, March 13, 2011

Congratulations, Maksu

First, aku mintak maaf untuk entri sebelum ini, jangan salahkan aku, salahkan umur dan hormon. Ini semua disebabkan terlebih excited nak pergi kenduri kahwin maksu aku.

Well, kenduri kahwin sudah selesai. Majlis resepsi kedua-dua belah pihak sudah berjaya dilakukan. Penat lelah, berpeluh sepanjang hari pun dah settle. Lega beb !

Kenduri kahwin kali ini lain sikit, sebab paksu aku, ala-ala keturunan Pakistan sikit-sikit, so budaya dorg kena tukar dengan budaya kami, melayu asli.

Seronok rupanya tukar-tukar budaya ini, sepanjang majlis belah lelaki, lagu yang dimainkan ala-ala Hindustan, gila nak berjoget aku masa tengah makan.

Apa yang best pasal maksu aku dan pasangan beliau, ialah angka. Maksu aku punya tarikh lahir yang sama dengan suami beliau, lagi bertambah-tambah best bila tempat lahir pun sama jugak. Kebetulan bukan. Bukan senang nak ada jodoh dengan orang yang punya tarikh lahir dan tempat lahir yang sama.

Jodoh maksu aku datang agak lewat. Dia bergelar isteri diusia 30 tahun. Tapi, bagi aku kira okey lah, sebab dia bertemu dengan orang yang serasi dengan dia, punya tarikh lahir dan tempat lahir yang sama, cuma budaya sahaja yang berbeza.

Jodoh, Tuhan yang aturkan, tak siapa boleh halang.


Aku tak banyak tangkap gambar, gambar ni pun aku cilok dari fesbuk cousin aku. Oh ya, banyak sebenarnya aku nak letak gambar dekat blog ini, tapi kena tunggu cousin aku upload dulu, kalau dia rajin masukkan dan cepat serta pantas, maka korang boleh tengok lagi banyak. Jangan sampai muntah sudah lah eh.

Congratulations, maksu dan paksu. (:

2 sumpahan:

ciktipah said...

taniah2 tuk maksu ko.
jodoh dye unik kot.
hope ko punye jodoh pon unik jugaklah kan.

ko da jumpe ko punye jodoh????
hahaha

GigiWangi said...

ciktipah,
Hahahaha, tolong carik kan boleh ?