Thursday, April 7, 2011

Hati-hati

Kita, sebagai hamba Allah kena berhati-hati dengan setiap perkataan yang akan keluar dari mulut kita sendiri. Sebab itu kena fikir dulu apa yang nak dicakap itu, sebab sekali perkataan yang keluar dari dalam mulut itu, pedih yang akan terasa, orang akan kenang sampai bila-bila.

Kadang-kadang, kita tak rasa apa pun dengan perkataan yang kita keluarkan itu, sebab hati kita kering, tak ada perasaan, tapi untuk sesetengah orang yang mudah sensitif, dia akan cepat terasa.

Kalau terkena dekat aku, takpe lah, sebab aku akan berpegang kepada konsep, "lantak kau lah".

Kadang-kadang nak buat lawak pun, agak-agak lah brother.
Kalau tak kena masa, tempat dan keadaan, lawak kau itu tak menjadi.

Sebab itu, setiap apa yang akan keluar dari mulut, kita kena fikirkan pasal orang lain jugak, jangan fikir pasal hati kering kau seorang sahaja, sebab kau duduk dalam masyarakat, komuniti. Kalau nak rasa duduk sorang-sorang pergi masuk hutan.

Terlajak perahu, boleh berundur,
terlajak kata buruk padahnya, dude !

0 sumpahan: